Harian Metro

Ganda asakan

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Pemain berpengala­man Shahzan Muda FC, Mohd Shahrizan Salleh mahu rakan sepasukan berjuang mati-matian pada separuh akhir kedua Piala FAM, Ahad ini.

Shahrizan yang juga bekas pemain Pahang berkata, peluang untuk kembali ke Liga Perdana masih terbuka biarpun mereka seri tanpa jaringan dengan UKM FC pada aksi separuh akhir pertama, Isnin lalu.

Katanya, segala-galanya boleh dilakukan jika semua pemain berada pada prestasi terbaik seperti dipersemba­hkan ketika menewaskan

PJ Rangers FC di suku akhir lalu.

“Bagi saya, barisan pemain masih muda ini mampu melakar kejayaan untuk misi ke pentas final Piala FAM musim ini.

“Apa perlu dilakukan adalah menggandak­an asakan ke kubu lawan dan penting untuk kami meningkatk­an prestasi serta komitmen sepanjang 90 minit.

“Saya harap biarpun sebahagian besar pemain masih muda, ia tidak bermakna misi ke final dan misi kembali ke Liga Perdana tidak boleh dicapai,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Justeru, Shahrizan berkata, barisan pemain diberi tanggungja­wab perlu melaksanak­an misi ke final biarpun UKM FC pasti turun untuk memburu kemenangan. Katanya, rekod pertemuan yang

 Shahrizan tuntut rakan sepasukan berjuang mati-matian pada separuh akhir kedua Ahad ini

memihak kepada tuan rumah musim ini diyakini tidak mengganggu tumpuan pasukan.

“Saya percaya percaturan jurulatih (Tajuddin Nor) diharap membantu Shahzan Muda FC beraksi di pentas final, sekali gus layak ke Liga Perdana musim depan,” katanya.

 ??  ?? AKSI pemain Shahzan Muda (kanan) ketika menentang UKM pada separuh akhir pertama.
AKSI pemain Shahzan Muda (kanan) ketika menentang UKM pada separuh akhir pertama.
 ??  ?? SHAHRIZAN
SHAHRIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia