Harian Metro

Tak kecewa malah raih pengalaman

- DARI MUKA 1

Sufie masih bereksperi­men dengan semua jenis muzik

“Tidak dinafikan persaingan kali ini hebat. Kalau perasan, peserta yang tidak pernah menang dalam AF sebelum ini memberikan persaingan hebat. Jadi, tak mustahil pertanding­an kali ini mereka pula yang bergelar juara,” katanya.

Sufie berkata, dia tidak menyesal menyertai AF Megastar sebaliknya menganggap ia satu pengalaman baru.

“Tidak ada apa perlu dikesalkan atau berasa kecewa. Setiap pertanding­an memberikan pengalaman baru buat saya. Pengalaman dua tahun lalu berbeza dengan sekarang. Apa yang penting saya dapat belajar sesuatu yang baru pada setiap minggu terutama apabila bersaing dengan penyanyi berpengala­man.

“Tersingkir pada program ini bukan penamat kepada kerjaya nyanyian saya. Banyak perancanga­n sudah diatur termasuk menerbitka­n single ketiga. Jadi, saya yakin dan optimis menjadi penyanyi yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Selain berada di kedudukan tiga terbawah, selama dua minggu juga penyanyi kelahiran Singapura ini mendapat teguran juri profesiona­l yang dia masih tercari-cari arah tujuk muzik dibawa.

Enggan melatah, Sufie mengakui dia masih bereksperi­men dengan semua jenis muzik.

“Saya bukan tercaricar­i arah tuju muzik tetapi sepanjang dua minggu ini saya salah pilih lagu. Disebabkan itu, juri berasakan saya tidak sesuai dengan lagu dinyanyika­n.

“Macam single pertama saya, lagu itu gagal diterima peminat. Apabila saya muncul dengan lagu Aku Sanggup, sambutan dan maklum balas diberikan sangat baik. Daripada situ saya yakin inilah muzik sebenar saya iaitu ‘slow rock’.

“Insya-Allah single ketiga berjudul Aku Sendiri ciptaan Haqiem Rusli bakal dilancarka­n tidak lama lagi. Lagu ini mengekalka­n genre muzik sama dan kesinambun­gan daripada lagu Aku Sanggup,” katanya.

Namun, kekecewaan Sufie terubat apabila dia turut diumumkan sebagai pemenang Star of The

Week iaitu hasil undian peminat selama dua minggu berturut-turut.

Disebabkan itu, timbul pula cakapcakap mengatakan Sufie sebenarnya hanya menang berdasarka­n undian peminat.

“Diakui saya mempunyai peminat yang sentiasa memberikan sokongan. Dari AF 2015 sehingga sekarang, apa saja membabitka­n acara anugerah berteraska­n undian peminat yang mencalonka­n nama saya, mereka tidak pernah gagal untuk mengundi.

“Jadi, tak adil jika kemenangan saya dalam program ini dipertikai. Saya yakin mereka sudah buat yang terbaik untuk saya dan usaha mereka berbaloi. Terima kasih kerana terus bersama saya,” katanya.

Pada konsert ketiga penyingkir­an itu, Sufie yang menyanyika­n lagu Izinku Pergi nyanyian asal Kaer mendapat markah terendah 18.8 peratus.

Sudah nampak calon akhir

Lima peserta yang mendapat kedudukan teratas pada minggu lalu iaitu Idayu, Marsha, Syamel, Bob dan Indah disebutseb­ut bakal berentap ke peringkat akhir.

Menurut Syafinaz selaku juri tetap, dia berharap lima peserta ini memberikan persembaha­n konsisten pada peringkat suku akhir yang bakal belangsung minggu ini.

“Saya berharap lima peserta ini berjaya ke peringkat akhir. Disebabkan itu, kami sangat tegas dalam soal pemarkahan. Pada masa sama, kami berharap 40 peratus undian peminat tidak menganggu pemarkahan.

“Sepanjang pertanding­an ini, saya melihat empat peserta menunjukka­n peningkata­n nyanyian. Pertama, Idayu kekal konsisten, Bob sentiasa tampil dengan kreativiti dalam lagu, Marsha pula mempamer perubahan dalam nyanyian dan Amir Jahari berjaya keluar dari zon selesa muzik yang dibawa,” katanya.

Mengulas komen ditujukan kepada Sufie yang menyifatka­n penyanyi itu seolah-olah tiada arah tuju muzik, Syafinaz berkata penyanyi perlu tahu apa yang diinginkan.

“Saya tetap nak cari keaslian. Dalam kes Sufie, dia memang masih tak ada perkara ini termasuk Azhar. Mereka masih tidak tahu nak bawakan muzik macam mana.

“Penyanyi yang masih berentap dalam program ini semuanya kenal muzik mereka serta tahu kelebihan dan kekurangan dalam nyanyian,” katanya.

- Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia