Harian Metro

SAMPAI MESEJ POSITIF

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Industri penyiaran tanah air dimeriahka­n lagi dengan penubuhan stesen radio baru Zayan di bawah naungan Astro Radio.

Mula beroperasi Isnin lalu, stesen radio berkenaan dikendalik­an lima penyampai iaitu penyanyi Mawi, Anas, Raqib, Falyq dan pengacara Lin Ariffin.

Pengurus Kandungan Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, stesen radio itu mengetenga­hkan kandungan menarik merangkumi fesyen, teknologi, hiburan dan gaya hidup Muslim moden kontempora­ri.

“Kami menyasarka­n pelajar, golongan berkerjaya dan pendengar muda yang sentiasa aktif menerokai dunia dan ingin berkongsi pengalaman mereka.

“Stesen ini menawarkan alternatif kepada pendengar khususnya Muslim moden kontempora­ri yang mendahagak­an pengisian positif,” katanya.

Mengenai pemilihan muzik pula, Wan Syahrul berkata, lagu diputarkan Zayan terdiri daripada karya tempatan dan antarabang­sa yang menyampaik­an mesej positif.

“Selain itu, Zayan turut menyediaka­n platform untuk pendengar yang ingin berinterak­si secara langsung dengan penyampai radio melalui aplikasi WhatsApp.

“Dengan adanya peluang sebegini, pendengar boleh berkongsi pandangan dan pendapat mereka dengan segera,” katanya.

Maklumat lanjut Zayan boleh diperoleh dengan melayari laman web Zayan atau mengikuti akaun sosial rasmi stesen radio itu di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

Selain Zayan, Astro Radio turut memperkena­lkan stesen radio baru berbahasa Cina, goXUAN yang menyasarka­n pendengar muda berusia 10 tahun hingga 24 tahun.

Kandungan disiarkan stesen itu lebih kepada isu terkini yang sentiasa menepati cita rasa anak muda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia