Harian Metro

‘Nampak saja mudah’

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Peluang berlakon di samping isteri sudah lama dinantikan Zahiril

Berlakon dengan isteri tentunya memberikan cabaran tersendiri.

Bagi pelakon Zahiril Adzim, peluang berlakon dengan Shera Aiyob sememangny­a amat dinantikan.

“Kali terakhir saya berlakon bersama Shera ialah dalam Juvana. Terbaru, kami sekali lagi berganding­an dalam drama bersiri Perempuan Paling Bahagia yang ditayangka­n di saluran Astro Oasis.

“Antara sebab kenapa saya terima tawaran ini ialah kerana sudah lama tak berlakon bersama. Lagipun, memang syarikat produksi yang menerbitka­n drama itu mahukan pasangan pelakon suami isteri,” katanya.

Menurut Zahiril, berlakon dengan isteri sendiri sebenarnya bukanlah mudah.

“Mungkin nampak mudah, tapi tak semudah yang disangka. Disebabkan dia isteri saya, jadi ada beberapa babak yang janggal.

“Paling mencabar adalah ketika melakukan babak romantik. Itu memang cabaran yang sangat besar untuk kami berdua,” katanya.

Ditanya mengenai kemampuan isterinya dalam bidang lakonan, Zahiril mengakui nampak ada peningkata­n.

“Saya sudah mula yakin dengan bakat lakonannya dan sehingga ke hari ini dia masih bertanya saya mengenai selok-belok lakonan.

“Dari segi teknik, dia tak hanya melontarka­n dialog tetapi juga memberikan penekanan dari segi gerak tubuh dalam menjayakan sesuatu watak yang diberikan,” katanya.

Diminta berkongsi mengenai perancanga­n keluarga, Zahiril tidak menolak menambah bilangan ahli keluarga.

“Anak kami, Nadi Anaqi kini sudah berusia empat tahun. Rasanya sudah sampai masanya untuk kami menambah bilangan keluarga.

“Memang ada rancangan ke arah itu, tapi itu semua bergantung kepada rezeki daripada Allah. Kalau ada, kami akan kongsikan,” katanya.

Selain berlakon,

Zahiril juga tidak pernah melupakan keghairaha­nnya sebagai pengarah.

“Insya-Allah, tahun depan saya akan berehat daripada lakonan dan akan memberikan fokus kepada dunia penulisan serta pengarahan.

“Bukanlah berehat terus, tapi kalau ada tawaran menarik saya akan terima juga. Cuma kalau peluang lebih banyak kepada pengarahan, saya akan lebih ke arah itu,” katanya.

Terbaru, Zahiril baru saja selesai menjalani penggambar­an super telefilem berjudul Kitab Sijjil.

“Telefilem arahan pengarah Rashid Sibir itu memang lain daripada lain. Ia berkisar mengenai kisah kehidupan manusia yang sentiasa dirundung masalah dan akan ada beberapa babak aksi.

“Selain itu, ada juga diselitkan beberapa elemen seperti drama Korea Selatan. Antara pelakon lain yang terbabit adalah Sofi Jikan dan Azhan Rani,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia