Harian Metro

Tinggal keluarga kejar kemewahan

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Drama Gabuk sarat elemen kasih

sayang dan ikatan kekeluarga­an

Lakonan mantap Fauziah Nawi, Abu Bakar Omar dan Normah Damanhuri dengan bantuan Zarina Zainoordin, Zain Hamid, Hairie Safwan serta Ungku Hariz menerusi drama Gabuk yang bakal bersiaran di TV1 dijangka memenuhi cita rasa ramai penonton.

Menemui penonton pada 14 Oktober, jam 10 malam, drama ini sarat elemen kasih sayang dan ikatan kekeluarga­an.

Gabuk mengisahka­n Qalam mengabaika­n tanggungja­wabnya sebagai suami dan anak. Dia meninggalk­an isteri dan ibunya demi mengejar kemewahan di ibu kota. Kejayaanny­a itu dikongsi bersama penduduk kampung melalui kerja amal dengan bantuan orang perantaraa­nnya, Saif dan Bahrin.

Sepanjang peninggala­nnya, Qalam tidak pernah menjenguk isteri dan ibunya. Tatkala leka diulit kemewahan dunia, perniagaan yang diusahakan berdepan krisis. Lebih malang, rakan niaganya, Alrigo mengancamn­ya.

Dia terpaksa pulang ke kampung halaman untuk mendapatka­n geran tanah peninggala­n warisan keluarga bagi menebus hutang.

Qalam mengakui kesilapann­ya membelakan­gi hak isteri, ibu dan ahli keluarnya demi kepuasan diri.

Ibunya pernah menegur sikap ‘gabuknya’ kerana gagal menggalas amanah sebagai ketua keluarga. Apakah sebenarnya yang dimaksudka­n dengan ‘gabuk’? Dapatkah

Qalam mengembali­kan keyakinan isterinya selepas ditinggalk­an sekian lama? Siapakah dalang di sebalik krisis perniagaan yang dihadapi Qalam?

Jangan ketinggala­n menonton kesudahan drama meruntun hati ini.

 ??  ?? ANTARA babak dalam drama Gabuk.
ANTARA babak dalam drama Gabuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia