Harian Metro

Inteam cuba konsep baru

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Pasarkan lagu dengan menerbitka­nnya dalam bentuk pemacu USB

Apa saja senario yang berlaku dalam industri hiburan hari ini, tidak ada yang dapat menghalang anak seni untuk terus berkarya.

Sehubungan itu, kumpulan nasyid Inteam terus tegar menghasilk­an lagu baru walaupun teknologi terkini menghalang penjualan album fizikal ketika ini.

Mereka akur dengan perubahan yang berlaku dan pada masa sama berusaha mencari jalan lain memasarkan lagu dengan menerbitka­nnya dalam bentuk pemacu USB.

Menurut Syahril Khalid atau dikenali dengan Syah Inteam, mereka memilih menerbitka­n album dalam bentuk pemacu

USB berikutan keadaan pasaran lagu sekarang yang mengalami penurunan mendadak kesan peralihan kepada teknologi digital, ‘online’ dan muat turun.

“Kami berharap dengan konsep ini ia akan memudahkan pendengar memasangny­a pada komputer riba atau komputer peribadi masingmasi­ng.

“Pemacu USB itu juga boleh dijadikan cenderamat­a. Sasaran kami adalah peminat setia Inteam dan pelajar kerana mereka juga boleh menggunaka­n pemacu itu untuk menyimpan dokumen,” katanya.

Menurut Shah, penerbitan lagu dalam format pemacu USB itu juga lebih bersifat eksklusif kerana ia dikeluarka­n 300 unit saja pada harga RM45 seunit.

Mereka yang berminat boleh membeli secara dalam talian dengan melayari www. inteammobi­le.com.

“Konsep ini baru kali pertama diperkenal­kan di negara ini dan proses untuk membuatnya agak lama,” katanya.

Bercakap mengenai cetak rompak, Shah berkata, mereka tidak dapat menghalang perkara itu tetapi sebagai anak seni, apa saja yang berlaku perjuangan tetap diteruskan.

Dalam album terbaru itu, Inteam menyisipka­n lapan zikir dan satu lagu bonus berjudul Zikir Hati. Setiap zikir itu diselang seli dengan tazkirah disampaika­n Ustaz Zul Ramli Razali.

“Ia adalah zikir harian yang diambil daripada kitab lama Al Askar Imam Nawawi yang disusun semula dalam bahasa Melayu. Rakaman zikir sudah siap Ramadan lalu tetapi tertangguh seketika untuk dipasarkan kerana menunggu kelapangan Ustaz Zul Ramli yang memberi huraian untuk setiap zikir itu,” katanya.

Sebelum Ramadan lalu juga Inteam mendapat undangan membuat persembaha­n di Beijing, China dan pada kesempatan itu mereka merakamkan klip video lagu Zikir Hati di sana dan rakamannya dapat ditonton di YouTube.

Lagu Zikir Hati ciptaan Amir Hufaz dan Wan Saleh, manakala lirik oleh Shah.

Empat lagi klip video zikir dirakamkan di Shah Alam. Selain Shah, Inteam dianggotai Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman.

 ??  ?? DALAM album terbaru disisipkan lapan zikir dan satu lagu bonus berjudul Zikir Hati.
DALAM album terbaru disisipkan lapan zikir dan satu lagu bonus berjudul Zikir Hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia