Harian Metro

Hayati perjuangan pemimpin terdahulu

-

Kamarul AR bijak ikat penonton ikuti perjalanan cerita Dewa Kencana hingga akhir

Kekemasan jalan cerita, dialog yang menepati konsep dan unsur penghormat­an terhadap raja. Semuanya lengkap dan sempurna di dalam bangsawan Dewa Kencana arahan Kamarul AR yang menampilka­n gabungan pelakon teater dan drama.

Sebagai orang lama yang kaya dengan pengalaman di pentas teater, bisa sentuhanny­a tidak perlu dipertikai­kan lagi.

Apa yang pasti, Kamarul menggunaka­n kelebihan yang ada padanya sebaik mungkin dengan memberikan persembaha­n terbaik sekali gus menghiburk­an penonton yang hadir memenuhi Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), barubaru ini.

Gabungan pelakon lama dan baru mewujudkan persembaha­n menarik yang disertakan lakonan cemerlang.

Persiapan hampir dua bulan merangkumi aspek olahan skrip dan latihan ternyata berkesan bagi membolehka­n peminat memahami cerita yang ditampilka­n dalam siri ketiga program Semarak Bangsawan 2017 ini.

Kamarul pandai mengadunka­n ciriciri keseronoka­n dan kekaguman sekali gus mengikat penonton untuk mengikuti perjalanan cerita dari awal sehingga akhir.

Apatah lagi, Kamarul adalah Presiden Pertubuhan Pencinta Teater Selangor dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (HIDAYAH) dan pastinya perlu menjadi contoh terbaik ahli gabunganny­a.

Kamarul berkata, dia bertuah dan bersyukur kerana berjaya memikul amanah untuk menampilka­n satu bentuk persembaha­n bangsawan tulen yang mempunyai nilai tradisiona­l.

“Naskhah Dewa Kencana adalah berat kerana berkisarka­n keringat dan perjuangan pemimpin terdahulu yang membina tanah air dan negeri berpaksika­n kehendak, sumpah dan harapan nenek moyang.

“Sebilah keris yang dicari, ‘keris pusaka’ sesuai menjadi satu perlambang­an kepada perlembaga­an dan kuasa. Setiap pelakon buat yang terbaik kerana mereka sangat hormat kepada karya penulis,” katanya.

Menurutnya, mungkin segelintir penonton melihat barisan pelakonnya sedikit ‘terkongkon­g’ kerana karya kali ini sememangny­a menonjolka­n bahasa berirama dan ada juga yang puitis.

“Pada saya ini adalah tuntutan konsep bangsawan sendiri. Saya lihat semua pelakon berjaya bawakan watak dengan baik dan ada keserasian.

“Ia termasuk kemunculan Datuk Jalaluddin Hassan dalam satu babak sebagai guru agama (Pendita Gunung) dan lakonannya sangat berkesan,” katanya.

Selain mutu lakonan, Kamarul turut memuji semua kru produksi yang bertungkus­lumus memastikan kelicinan persembaha­n, momentum, tatahias, kostum, gerak dan silat, iringan muzik termasuk tasmat pada babak terakhir.

“Tak dinafikan ada beberapa kelemahan pada malam awal persembaha­n seperti pelakon utama tiba-tiba lupa dialog, tapi syukurlah semuanya dapat diatasi dan diperbaiki pada malam terakhir.

“Syabas saya ucapkan buat semua yang terbabit. Tak ketinggala­n saya juga berterima kasih kepada penonton yang hadir beramai-ramai ke pementasan ini, tanda mereka meminati bangsawan,” katanya.

 ??  ?? BABAK pertarunga­n menarik dalam Dewa Kencana.
BABAK pertarunga­n menarik dalam Dewa Kencana.
 ??  ?? JALALUDDIN
(kiri) dan Mubarak Majid (tengah) turut tampil dalam
teater ini.
JALALUDDIN (kiri) dan Mubarak Majid (tengah) turut tampil dalam teater ini.
 ??  ?? AKSI dramatik yang berjaya menimbulka­n kekaguman
penonton.
AKSI dramatik yang berjaya menimbulka­n kekaguman penonton.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia