Harian Metro

Potensi jana industri hiliran

-

Katanya, inisiatif itu dilaksanak­an bagi membantu penduduk luar bandar menambah pendapatan memandangk­an tanaman itu bahan utama dalam kebanyakan masakan tradisiona­l Pahang.

Ahmad Nazlan berkata, selain boleh dijual secara segar, ia boleh juga dijual secara kering atau dalam bentuk rebusan dan tahan lama.

“Rebusan belimbing buluh kini mencecah RM20 hingga RM30 sekilogram dan tidak mencukupi bagi menampung permintaan industri kecil sambal hitam.

“Penduduk boleh menanam tumbuhan itu di kawasan tanah terbiar atau ditanam secara selingan kerana ia akan mengeluark­an hasil dalam masa tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, beliau akan bekerjasam­a dengan Jabatan Pertanian Daerah untuk mengalakka­n orang ramai menanamnya kerana selain cepat mengeluark­an hasil, cepat, pokok ini kurang penyakit dan berbuah sepanjang tahun.

“Dua tahun lalu saya turut menyumbang 3,500 pokok belimbing buluh kepada penduduk Bukit Puas, Gintong dan Tebing Tinggi untuk ditanam secara sendirian atau kelompok.

“Dengan adanya projek ini ia akan memberi peluang perniagaan kepada penduduk tempatan sama ada menjual hasil itu secara mentah atau industri hiliran,” katanya.

Beliau akan meminta pihak Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membantu penduduk kampung menghasilk­an industri hiliran yang berkaitan belimbing buluh sebagai sumber pendapatan. -Roselan Ab Malek

 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk yang menerima anak pokok belimbing buluh.
BUAH belimbing
buluh.
SEBAHAGIAN penduduk yang menerima anak pokok belimbing buluh. BUAH belimbing buluh.
 ??  ?? AHMAD Nazlan menanam pokok belimbing buluh di Masjid Kampung Bukit Mat Daling.
AHMAD Nazlan menanam pokok belimbing buluh di Masjid Kampung Bukit Mat Daling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia