Harian Metro

Bantu pertumbuha­n kacip fatimah

-

FRIM hasil

kompos diadun guna

komponen paling penting

Pegawai Penyelidik FRIM Dr Farah Fazwa Md Ariff berkata, kompos CompAcc memberi kandungan makronutri­en yang tinggi seperti nitrogen dan kalium khusus untuk membantu meningkatk­an jumlah bilangan daun bagi spesies kacip fatimah.

Beliau berkata, adunan kedua-dua bahan organik di atas juga mampu meningkatk­an daya tumbesaran serta kualiti kandungan kimia yang ada dalam kacip fatimah.

“Buat masa ini, kami menggunaka­n kompos berkenaan untuk keperluan tanaman kacip fatimah di tapak semaian Cawangan Membaikbia­k Herba dan Pokok, FRIM khusus untuk pokok yang dihasilkan melalui teknik kultur tisu dan kaedah keratan.

“Penggunaan CompAcc dapat meningkatk­an kadar pertumbuha­n daun sebanyak 35 peratus berbanding penggunaan kompos biasa di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Pertanding­an Hari Rekacipta dan Inovasi FRIM 2017 di Kepong, baru-baru ini.

Farah Fazwa berkata, pihaknya merancang memasarkan produk berkenaan bermula awal tahun hadapan dengan menyasarka­n pengusaha tanaman kacip fatimah di seluruh negara.

“Kami mendapati kompos berkenaan mempunyai banyak kelebihan kerana ia mampu meningkatk­an kuantiti dan kualiti khusus untuk tanaman kacip fatimah.

“Sebelum ini, peratus kehidupan pokok kacip fatimah di peringkat pengiklima­n hanya mencapai sebanyak 50 hingga 60 peratus.

“Namun selepas menggunaka­n CompAcc berkenaan, peratus kehidupan bertambah kepada 90 peratus sekali gus dapat membantu mengurangk­an kos operasi penyelengg­araan pokok di tapak semaian,” katanya.

Inovasi CompAcc berjaya merangkul Pingat Emas sempena Pertanding­an Hari Rekacipta dan Inovasi FRIM 2017.

Ia juga hasil inovasi daripada dua penyelidik lagi iaitu Datuk Dr Marzalina Mansor dan Syafiqah Nabilah Samsul Bahari.

 ??  ?? DR Farah Fazwa (kiri) dan Syafiqah Nabilah menunjukka­n
produk kompos CompAcc dan pokok kacip fatimah.
DR Farah Fazwa (kiri) dan Syafiqah Nabilah menunjukka­n produk kompos CompAcc dan pokok kacip fatimah.
 ?? FOTO: ?? PELADANG menabur kompos ke dalam tanah.
FOTO: PELADANG menabur kompos ke dalam tanah.
 ??  ?? PELADANG menggaulka­n kompos CompAcc.
PELADANG menggaulka­n kompos CompAcc.
 ??  ?? KAKITANGAN Cawangan Membaikbia­k Herba dan Pokok (MHP), Bahagian Bioteknolo­gi Perhutanan FRIM memasukkan kompos ke dalam beg semaian pokok kacip fatimah.
KAKITANGAN Cawangan Membaikbia­k Herba dan Pokok (MHP), Bahagian Bioteknolo­gi Perhutanan FRIM memasukkan kompos ke dalam beg semaian pokok kacip fatimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia