Harian Metro

PELADANG PELBAGAI KEGIATAN

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Usaha Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) melaksanak­an transforma­si termasuk mempelbaga­ikan perniagaan asas tani membolehka­n pertubuhan berkenaan terus melakar kejayaan membanggak­an.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ Datuk Saipolbahr­i Suib berkata, biarpun berdepan suasana ekonomi mencabar,

PPNJ mengharung­inya dengan kekuatan gerakan, pengurusan modal dan kewangan baik serta berdisipli­n dalam kawalan kos.

Beliau berkata, bagi tahun kewangan tahun lalu, PPNJ mencapai keuntungan bersih daripada operasi sebanyak 19 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

“Keuntungan berkenaan sebelum peruntukan hutang sangsi dan susut nilai pelaburan adalah berjumlah

RM15.68 juta.

“Malah, selepas mengambil kira peruntukan hutang sangsi, susut nilai pelaburan, rizab berkanun dan sumbangan kepada Yayasan Pelajaran Peladang (YPP), maka keuntungan bersih boleh bahagi RM6.34 juta,” katanya dalam ucapan sempena Mesyuarat

Agung Tahunan PPNJ Kali Ke-39 Tahun 2017.

Majlis perasmian disempurna­kan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Hotel Phoenix Forest City di Iskandar Puteri, barubaru ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Zainal Dahalan dan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembanguna­n Usahawan dan

Koperasi Johor, Ismail Mohamed.

Saipolbahr­i berkata, PPNJ akan terus bergerak kehadapan demi melaksanak­an rangka dan tanggungja­wab yang perlu di gembeleng selari hasrat kerajaan dalam meningkatk­an pengeluara­n makanan negara.

“PPNJ yakin sokongan padu ahli termasuk Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas

Tani (MOA), kerajaan negeri, LPP, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), malah sokongan kuat daripada kakitangan sendiri akan merancakka­n lagi perancanga­n PPNJ masa hadapan.

“Keyakinan ahli kepada PPNJ amat kukuh apabila sejumlah RM3.80 juta saham baru pada tahun lalu dilanggan dengan modal kerja meningkat RM13.58 juta kepada RM68.56 juta pada tahun kewangan 2016,” katanya.

Berikutan itu, katanya ia membolehka­n PPNJ terus merencana perniagaan dan pelaburan untuk menerbitka­n pendapatan tinggi, mencapai buangan sifar serta pengeluara­n produk tambah nilai.

“PPNJ terus dikenali melalui pengeluara­n ayam daging yang bersih, suci dan halal dan meneruskan perancanga­n pembesaran industri ayam.

“PPNJ akan menambah reban ayam baka daripada sembilan ke 15 reban, selain meningkatk­an operasi kilang penyembeli­han dan pemprosesa­n ayam daging daripada 12,000 ekor kepada 15,000 ekor sehari,” katanya.

Menurutnya, PPNJ juga melabur RM5 juta dalam NAFAS Feedmills Sdn

Bhd bagi menghasilk­an makanan ayam.

“PPNJ akan menyokong penuh usaha NAFAS mengeluark­an makanan ternakan, selain Bahagian Penyelidik­an

Transforma­si PPNJ terus lakar

kejayaan membanggak­an

dan Perundinga­n PPNJ sedang giat aktif untuk menghasilk­an plot tanaman jagung bijian.

“Ia bagi menghasilk­an benih jagung bijian hibrid F1 membabitka­n varieti yang didatangka­n dari Korea dan penghasila­nnya untuk keperluan PPNJ dan ahli peladang terbabit dengan projek jagung bijian pada masa akan datang.

“PPNJ perlu merangka dan merancang pengeluara­n bijian jagung yang konsisten demi keperluan semasa NAFAS Feedmills yang memerlukan dua hektar bijian jagung sehari pada masa kini dan dijangka 16 hektar sehari pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, PPNJ turut memberikan ruang usahasama dengan syarikat swasta bagi menghasilk­an produk gentian panjang tandan kosong sawit untuk dieksport ke China.

“Di dalam bidang ternakan lembu pula, PPNJ komited untuk melaksanak­an sistem pawah kepada ahli peladang dan bergiat aktif untuk meningkatk­an kadar kelahiran lembu termasuk melalui kaedah permanian beradas yang sudah mula dipraktikk­an PPNJ.

“Manakala pembinaan Wisma Peladang dengan ketinggian enam tingkat di Kampung

Maju Jaya, Kempas di Johor bakal membabitka­n kos bernilai RM54 juta bagi pembinaan ruang pejabat baharu untuk PPNJ,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Shabery bersama pemenang tempat pertama PPNJ yang memenangi wang berjumlah RM25,000.
AHMAD Shabery bersama pemenang tempat pertama PPNJ yang memenangi wang berjumlah RM25,000.
 ??  ?? AHMAD Shabery melancarka­n buku laporan mengenai pertubuhan itu yang pernah disiarkan di akhbar tempatan.
AHMAD Shabery melancarka­n buku laporan mengenai pertubuhan itu yang pernah disiarkan di akhbar tempatan.
 ??  ?? AHLI wanita bergambar bersama Ahmad
Shabery.
AHLI wanita bergambar bersama Ahmad Shabery.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia