Harian Metro

Kukuhkan kebolehan kognitif

-

bertatih. Contohnya, mendengar cerita mengenai kanak-kanak bertatih lain yang berdepan masalah sama dengannya boleh membantu dia mengatasi perasaan takut atau kecewa. Contohnya, dia mungkin bimbang kehadiran raksasa di bawah katilnya; cerita mengenai seorang kanak-kanak bertatih lain mengatasi masalah ini boleh membantu mengurangk­an rasa takutnya.

MASA UNTUK MEMBACA

Bayi dan kanak-kanak bertatih biasanya sukakan jadual yang tetap kerana ia membuat mereka rasa selamat dan selesa. Pastikan sesi membaca dilakukan pada masa yang sama

(jika boleh setiap hari), contohnya sebelum tidur.

Jika anak sangat aktif, cuba dudukkan dia di atas riba atau memeluknya. Kebanyakan kanak-kanak bertatih suka dipeluk kerana ia membuat mereka rasa selamat dan selesa. Ini menjadikan sesi membaca anda lebih menggembir­akan dan tenang.

MEMILIH BUKU

Sentiasa guna buku atau bahan yang sesuai dengan semasa sesi membaca bersama si kecil. Anda boleh mulakan dengan buku mudah untuk kanak-kanak bertatih (kebanyakan buku mempunyai tajuk lazim seperti ‘Perkataan pertama bayi’). Biarkan dia memilih buku mana yang dia mahu anda bacakan. Jangan bimbang jika dia memilih buku yang sama setiap hari untuk beberapa minggu atau bulan kerana ia perkara normal. Pada masa sama, perkenalka­n buku baharu untuk menunjukka­n kepada anak anda bahawa ada banyak lagi pilihan yang menyeronok­kan.

Buku untuk kanakkanak bertatih lazimnya mempunyai muka surat tebal dan mudah dipegang kerana tangannya masih belum cukup cekap untuk memegang buku ‘betul’. Selain itu, buku ‘bayi’ tahan lasak, jadi anda boleh membiarkan dia memegang sendiri buku itu tanpa perlu bimbang muka suratnya dikoyakkan.

TARIK PERHATIANN­YA

Pastikan anda memperuntu­kkan masa yang khusus untuk sesi membaca ini. Ini bermakna padamkan TV dan simpan telefon pintar di tempat yang tidak boleh dicapai. Anda tidak perlu tergesages­a apabila membaca dan bacalah dengan penuh perasaan. Jangan takut untuk berjenaka mengguna suara yang berbeza atau bermain lakon peranan setiap watak.

Anda juga boleh menggunaka­n anak patung tangan atau jari sebagai alat sambil membaca kepadanya.

Cuba untuk menggalakk­an dia mengambil bahagian dengan membaca, bertepuk tangan atau menyanyi bersama-sama anda.

Tip ringkas: berseronok dan menggantik­an beberapa watak di dalam buku dengan orang dalam kehidupan benar, contohnya, guna nama si kecil anda menggantik­an nama salah seorang watak.

Buku yang mempunyai gambar adalah bagus kerana anda boleh menunjukka­n gambar kepadanya dan bercakap mengenainy­a, sebagai contoh, tanya anak anda nama objek di dalam gambar.

Sebelum beralih ke muka surat seterusnya, anda juga boleh bertanya soalan terbuka seperti ‘Anda fikir budak laki-laki itu hendak buat apa dengan kotak itu?’ atau ‘Cuba beritahu saya apa akan terjadi seterusnya?’

Ini akan menggalakk­an ci kecil berfikir mengenai cerita yang anda bacakan dan mengambil bahagian lebih aktif di dalam sesi membaca.

Selain daripada membaca kepadanya, anda juga boleh menggalakk­an kemahiran sosial dan bahasanya. Caranya, bercakap dengannya sepanjang hari. Aktiviti lain yang membantu termasukla­h menyanyi kepadanya, bermain permainan berirama atau mencipta cerita sendiri bersama-sama.

TIADA BATAS AKSES

Akses kepada buku bagi si kecil tidak harus terbatas kepada sesi membaca bersama anda sahaja. Pastikan buku mudah dicapai oleh anak anda pada bila-bila masa dengan meletakkan­nya di tempat yang rendah contohnya di dalam bakul berasingan untuk buku sebelah bakul permainann­ya atau rak buku rendah berhampira­n katilnya. Jadikan tabiat untuk menyimpan beberapa buku bersama anda, contohnya di dalam kereta atau semasa membawa dia berjumpa doktor.

Ingat, tujuan membaca bersama si kecil ialah untuk merapatkan hubungan dengannya.

Oleh itu hadkan masa dia mengguna sebarang peranti yang mempunyai skrin, contohnya TV, permainan video, telefon pintar, tablet dan sebagainya. Akademi Paediatrik Amerika menyaranka­n ‘masa skrin’ dihadkan kepada kurang daripada dua jam bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun. Jangan terperangk­ap dengan penggunaan ‘pengasuh digital’ untuk menggantik­an anda sebagai ibu bapa. -Dr Rajini Sarvananth­an

(Perunding Perkembang­an Kanak-Kanak)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia