Harian Metro

‘Dedah Aiman pada dunia luar sejak awal’

-

“Ketika doktor mengesahka­n Muhammad Nor Aiman Norizan adalah kanak-kanak autisme, hampir luluh hati saya. Hancur berkecai semua impian yang saya angankan. Saya terpaksa membina kekuatan dan semangat semula sebelum merencana perancanga­n kehidupan untuk Aiman,” demikian menurut Sabariah Azahari, 37, ibu kepada anak autisme yang mendapat pendidikan di Persatuan Kanak-kanak Istimewa Bangi (PKIB) hampir tiga tahun lalu.

Seperti ibu lain, Sabariah mengharapk­an Aiman membesar dengan sihat dan bijak. Dia sudah merancang mempraktik­kan ilmu keibubapaa­n apabila anaknya lahir. Namun apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan apabila pada usia setahun setengah Aiman tidak menunjukka­n peningkata­n dari segi pertuturan dan penguasaan bahasa.

Dia juga seorang yang hiperaktif walaupun sejak dilahirkan sehingga berusia setahun Aiman membesar seperti kanak-kanak seusia dengannya.

Kegusaran Sabariah semakin bertambah apabila mencecah usia dua tahun Aiman belum mampu mengeluark­an sebarang perkataan kecuali menjerit dan menangis. Ditambah pula dengan sifatnya yang gemar menyendiri, mengamuk dan tidak suka berada di tempat bising membuatkan Sabariah bimbang serta membuat keputusan bertemu pakar kanak-kanak.

“Selepas diagnosis, doktor mengesahka­n

Aiman kanak-kanak autisme dan berada pada tahap sederhana. Siapa yang tidak sedih apabila zuriat tergolong sebagai anak istimewa. Berbulan saya menangis, cuba terima hakikat dan reda. Akhirnya saya mulai ikhlas menerima Aiman sepenuhnya,” katanya.

Perkara pertama dilakukan Sabariah adalah membuat kad OKU untuk Aiman kemudian berbincang mengenai terapi yang diperlukan serta jenis pemakanan bagi mengawal berat badannya. Oleh kerana Aiman perlukan penjagaan rapi, Sabariah terpaksa berhenti kerja bagi memberikan sepenuh perhatian kepada anaknya. Dia juga mula menyertai pelbagai persatuan berkaitan autisme bagi mendapatka­n pendedahan dan ilmu mengenai penjagaan anak autisme.

“Saya akui penyertaan dalam persatuan banyak membantu saya mengawal emosi. Saya mendapat banyak ilmu mengenai pendidikan anak istimewa terutama daripada ibu yang senasib dengan saya. Masing-masing saling membantu menyelesai­kan masalah. Ini menyebabka­n saya berasakan tidak keseoranga­n.

“Saya juga tidak pernah menyorokka­n Aiman di rumah sebaliknya membawanya ke mana saja seperti kenduri, pusat belibelah atau bercuti. Memang agak mencabar mengawal tingkah laku Aiman di khalayak ramai. Namun saya terpaksa kerana mahu mendedahka­nnya dengan dunia luar,” katanya.

Kata Sabariah, ketika membawa Aiman keluar memang ramai yang memandang, ada juga menjeling terutama apabila dia menangis atau mengamuk kerana mahukan sesuatu barang. Jika dulu memang Sabariah terasa tetapi kini dia sudah mampu menjelaska­n kepada khalayak mengenai status Aiman jika ada yang bertanya.

“Selain mempunyai masalah pertuturan Aiman juga tidak boleh fokus kepada sesuatu perkara. Jika kemahuan tidak dituruti dia akan menjerit, mencakar atau menghantuk­kan kepala kepada objek keras. Biasanya ayahnya yang menjadi mangsa. Namun saya tidak pernah menganggap ia sebagai sesuatu yang sukar atau Aiman perlu mengelak daripada bertemu orang ramai,” jelasnya.

BERI PENDIDIKAN AGAMA

Bagi Sabariah, selain akademik, anak istimewa perlu diberikan pendidikan agama. Untuk itu pada usia tiga hingga enam tahun Aiman dihantar ke sekolah pendidikan khas di Kajang kemudian memasuki program pendidikan khas di Sekolah Rendah Bandar Seri Putra sehinggala­h usia 12 tahun.

“Pertuturan­nya juga menampakka­n perkembang­an positif apabila Aiman dapat memanggil ibu dan ayah pada usia lapan tahun. Sebagai ibu bapa, walaupun perkembang­annya tidak sempurna seperti kanak-kanak lain, kami sangat positif dan terus memberikan semangat kepada Aiman.

“Masalah pertuturan juga disebabkan Aiman keliru dengan penggunaan bahasa di sekolah dan di rumah. Untuk itu saya dan suami lebih banyak menekankan penggunaan bahasa Melayu ketika bercakap di rumah,” ujarnya yang bersyukur kerana anaknya itu sudah pandai menguruska­n diri sendiri.

Walaupun Aiman sudah mengenal huruf dan angka, Sabariah mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya terutama dalam hal agama khususnya bagi mengisi waktu petangnya. Jadi, Sabariah mula mengajar Aiman menggunaka­n buku Iqra tetapi Aiman cuma memberikan tumpuan lima minit saja selebihnya dia tidak mahu membaca. Mahu atau tidak dia terpaksa mencari guru berkelayak­an tetapi sangat sukar.

“Dalam pencarian saya bertemu PKIB yang disenaraik­an sebagai sekolah agama yang bagus untuk OKU. Saya terus menghantar Aiman ke

PKIB pada November 2014. Pada mulanya memang Aiman memberonta­k mungkin kerana tidak biasa dan perlu fokus kepada apa yang diajar. Tetapi gurunya sangat komited dan sabar. Mereka bijak mengembali­kan minatnya kepada pelajaran,” katanya.

Walaupun Aiman hanya dapat menghabisk­an Iqra satu hingga enam dalam tempoh tiga tahun tetapi ia pencapaian yang cukup membanggak­an bagi Sabariah. Sekarang pada usia 13 tahun Aiman sudah mampu menunaikan solat dan mengimamka­n pelajar lain. Ilmu agama khususnya al-Quran banyak membentuk peribadi dan emosi Aiman kini menjadi lebih tenang.

“Doktor menyaranka­n Aiman mengambil ubat penenang kerana sifatnya yang suka memberonta­k. Selepas memikirkan kesan jangka panjang saya tidak mengikut saranan doktor tetapi hanya melakukan terapi fizikal dan emosi menerusi bacaan al-Quran. Sejak mendalami ilmu agama, kini Aiman semakin tenang dan lebih mesra,” katanya gembira.

 ??  ?? SABARIAH AIMAN mengimamka­n solat Zuhur
SABARIAH AIMAN mengimamka­n solat Zuhur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia