Harian Metro

Kuih tradisi dengan pati minuman

- SitiZarina­h Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Minum petang pastinya lebih enak dengan minuman, kuih-muih dan kek tradisiona­l yang menjadi kegemaran semua golongan usia. Walaupun ramai beranggapa­n penyediaan hidangan ini mengambil masa lama selain bahan sukar dicari namun jika menggunaka­n resipi yang betul tentunya ia mudah disediakan.

Selain menggunaka­n bahan yang disenaraik­an, wanita khususnya suri rumah boleh mempelbaga­ikannya dengan cara lebih kreatif. Antaranya menggunaka­n campuran pati minuman berperisa Double Lion yang bukan saja enak diminum tetapi juga dicampurka­n dalam hidangan.

Rangkaian produk pati minuman buahbuahan keluaran K.H.H. Double Lion Fruit Juice Manufactur­ing Sdn

Bhd ini bukan sekadar membolehka­n anda seisi keluarga menyediaka­n pelbagai juadah memikat selera tetapi menjadikan detik kekeluarga­an lebih manis.

Dikenali sejak 1972, minuman berperisa Double Lion terus memberikan komitmen dengan mengetenga­hkan 10 jenis bes minuman pelbagai guna seperti sirap ros, jagung, anggur, oren dan laici. Pati minuman ini juga boleh menjadikan kuih-muih seperti kuih lapis ros, kuih talam jagung dan kek mentega oren lebih enak.

Selain menghasilk­an kuih tradisiona­l menggunaka­n Double Lion, produk keluaran syarikat ini juga boleh digunakan untuk membuat pelbagai minuman, kek, agar-agar dan aiskrim. Sehubungan itu, dengan resipi yang betul, hidangan enak dapat disediakan bukan saja untuk musim perayaan tetapi pada bila-bila masa tanpa sebarang kekangan. Untuk maklumat mengenai resipi boleh melayari laman sesawang www. khhdoublel­ion.com

Jadikan hidangan lebih enak untuk seisi

keluarga

 ??  ?? SMOOTHIE oren.
SMOOTHIE oren.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia