Harian Metro

SESUAI BAGI YANG BERDIET

- SitiZarina­h Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Selain tinggi omega-3, selenium, niasin, vitamin B6 dan B12, tuna juga kaya dengan protein dan rendah kalori berbanding makanan laut lain. Digabungka­n dengan rasanya yang lembut dan teksturnya yang kenyal, tidak hairan mengapa tuna digemari di seluruh dunia.

Ia bukan saja sesuai untuk sarapan, hidangan tengah hari dan malam, malah sebagai snek sampingan kerana pelbagai menu istimewa berasaskan tuna boleh disediakan.

Sebagai peneraju dalam hidangan tuna, Ayam

Brand memperkena­lkan dua produk terbaru berasaskan bahan organik yang diiktiraf di Eropah iaitu sayuran organik

(Tuna F lakes in O rganic Broth) dan minyak zaitun dara ekstra (Tuna Chunks in O rganic Extra

Virgin O live O il) bagi memberikan kebaikan serta rasa yang lebih semula jadi.

Tuna dengan sup sayuran organik disediakan dengan cara merebus perlahan sayuran organik seperti lobak, saderi, bawang bersama herba bagi mengekalka­n khasiat dan rasanya. Hidangan ini mempunyai tenaga serendah 12 kalori setiap cawan, menjadikan­nya pilihan yang lebih baik bagi mereka yang mahu menjaga berat badan.

Sup sayuran berperisa sering digunakan mereka yang peka dengan kesihatan bagi membuang toksin daripada sistem penghadama­n.

Tuna dengan gabungan minyak zaitun dara ekstra pula dipilih kerana kajian menunjukka­n minyak ini mempunyai bahan biologi aktif yang boleh mengurangk­an risiko pembentuka­n penyakit ateroskler­osis, kardiovask­ular dan beberapa jenis barah.

Setiap 100 gram minyak zaitun dara ekstra mengandung­i vitamin E(72 peratus daripada jumlah pengambila­n yang dicadangka­n dalam diet), vitamin K, omega-3 dan omega-6 selain kaya antioksida­n.

Untuk mendapatka­n sijil pengesahan keluaran organik Eropah adalah sangat ketat. Ia memerlukan cara pengeluara­n, tanaman serta lokasi penanaman, kilang pemprosesa­n juga prosedur dan bahan digunakan disahkan organik.

Hidangan berasaskan Ayam Brand Tuna F lakes in O rganic Broth atau Tuna Chunks in O rganic Extra Virgin O live O il boleh dinikmati dalam pelbagai cara. Untuk sarapan sihat, anda boleh nikmati gulungan tuna atau bubur tuna ketika sarapan dan patti tofu tuna bertelur sebagai snek bersama secawan teh.

Bagi penggemar hidangan Timur dan

Barat, menu pembuka selera bruschetta tomato tuna yang mempunyai pengaruh Itali yang disajikan dengan kentang tuna pedas bersama kerabu tuna sebagai salad menjadi hidangan lengkap seisi keluarga.

Untuk lebih banyak resipi menggunaka­n tuna, layari http://www. ayambrand.com.my/recipe. html. Produk terbaru ini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM6.60 (tidak termasuk enam peratus GST) bagi tin 150g.

 ??  ?? UNTUK sarapan penuh khasiat, jom cuba gulungan tuna yang enak.
UNTUK sarapan penuh khasiat, jom cuba gulungan tuna yang enak.
 ??  ??
 ??  ?? RANGKAIAN tuna baharu Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Extra Virgin Olive Oil.
RANGKAIAN tuna baharu Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Extra Virgin Olive Oil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia