Harian Metro

JUADAH ENAK GAMIT PENCINTA MAKANAN

-

Semangkuk mi, sepinggan nasi lemak, nasi dagang, nasi tumpang dan nasi kerabu menggamit selera ramai. Ini ditambah dengan minuman penghilang dahaga seperti teh ais, kopi-O peng atau neslo sentuhan usahawan makanan dan minuman membuatkan pengunjung tidak melepaskan peluang menikmati juadah enak yang dihidangka­n bersempena Pesta Makanan the Curve pada 28 September sehingga 1 O ktober lalu.

Pesta makanan in turut menyediaka­n hidangan pencuci mulut seperti pulut durian, kuih-muih tradisiona­l dari pantai timur, ais krim dan kek kegemaran klasik yang tentunya sukar diperoleh di tempat lain.

Bertemakan Wok Wok

Eat Eat, kempen Pesta Makanan the Curve untuk kali ketiga ini membawakan pelbagai hidangan tempatan yang menarik dan lazat untuk penggemar makanan yang mengunjung­i pusat beli-belah itu.

Pengunjung mengakui sepanjang empat hari itu me- reka dapat menikmati suasana penjaja sebenar dalam keadaan selesa dan dingin di ruang tengah the Curve. Daripada susunan meja dan kerusi yang kebiasaann­ya boleh dilihat di tapak penjaja makanan di bawa ke gerai berwarna-warni, mereka yang melalui kawasan ini jelas tertarik dengan pemandanga­n dan aroma makanan yang memikat.

Menurut Pengurus Besar the Curve, Jazmi Kamarudin, pihaknya sangat teruja untuk menganjurk­an semula Pesta Makanan the Curve. Tiada yang lebih baik daripada meluangkan masa

bersama untuk menikmati makanan enak, tidak kira di kedai mamak, tapak jajaan makanan di kawasan kejiranan atau di tempat makan selesa.

“Suasana makanan penjaja yang mudah dan santai menjadi antara teras budaya Malaysia. Ini yang kami bawakan kepada pengunjung sepanjang empat hari ini. Selain itu, hidangan lazat dapat mengeratka­n hubungan sesama keluarga dan rakan,” katanya.

Diadakan juga pelbagai aktiviti menarik seperti penampilan ist imewa Juara Teh Tarik King 2014 dan

2015, Syed Kheidir yang menunjukka­n aksi mendebarka­n ketika menyediaka­n minuman kegemaran orang ramai ini dengan tarikan paling tinggi.

Pengunjung juga akan dapat menikmati bakat muzik dari penghibur jalanan bermula jam 12 tengah hari hingga 9.30 malam sambil menikmati snek lazat dan menyelerak­an.

 ??  ?? KAFE yang menyediaka­n hidangan lazat untuk pengunjung.
KAFE yang menyediaka­n hidangan lazat untuk pengunjung.
 ??  ?? GERAI kukus mangga menarik perhatian
pengunjung.
GERAI kukus mangga menarik perhatian pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia