Harian Metro

DAPUR MELETUP

-

Kota Kinabalu: Tiga suspek termasuk seorang wanita sudah ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan 15 bangkai penyu dan kira-kira 100 rangka penyu di sekitar pulau di Semporna, barubaru ini.

Pengarah Jabatan Hidupan

Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata, ketika ini, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, pada masa sama, usaha giat dijalankan bagi memburu suspek lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini.

“Kita sedang menyiasat tiga orang yang ditahan sebelum ini, namun laporan hasil siasatan belum diperoleh daripada pegawai yang menyiasat.

“Dalam masa sama, beberapa suspek lain yang sudah dikenal pasti sedang diburu.

“Namun, kita mengalami sedikit kesukaran kerana dipercayai suspek menetap di pulau-pulau kecil di (sekitar Semporna) yang mana paras air berhampira­n kawasan pulau itu cetek menyebabka­n bot pihak berkuasa sukar untuk mendarat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Augustine, antara pulau yang menjadi tumpuan untuk memburu suspek termasuk Pulau Dinawan dan pulau sekitarnya.

Pada 28 September lalu, kirakira 100 rangka penyu ditemui di kawasan semak berhampira­n pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampolan di Pulau BumBum, Semporna.

Menurut JHL Sabah, penemuan berkenaan menunjukka­n aktiviti pemburuan haram penyu di sekitar Semporna sudah lama berlaku.

Berdasarka­n siasatan awal, ia dipercayai dilakukan oleh ‘Palauh’ (Bajau Laut, masyarakat nomad yang menetap dalam bot dan berpindah-randah) yang datang ke kawasan itu.

Sementara itu, 15 bangkai penyu dengan ada antara perut haiwan itu terburai di sekitar pulau di Semporna.

Susulan kejadian, pihak berkuasa menahan seorang lelaki berusia 60 tahun di Kampung Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pemburuan haram penyu, Isnin lalu.

Dua lagi suspek, lelaki berusia 40-an itu ditahan di Pulau

Dinawan, manakala wanita berusia 30-an ditahan di Kampung AmbohAmboh, Pulau Bum-Bum pada keesokan harinya.

Mengulas lanjut, Augustine berkata, pihaknya percaya tujuh bangkai penyu yang ditemui pada malam Sabtu lalu dipercayai dilakukan oleh Palauh.

“Kita fikir perbuatan itu dibuat oleh orang yang sama (Palauh) dan ia cuma hanyut di laut sehingga ke perairan Pulau Mabul.

“Hasil pemeriksaa­n juga mendapati bangkai penyu yang ditemui itu tidak mempunyai tanda (yang dibuat oleh Universiti Malaysia Sabah dan Taman-Taman Sabah).

“Bangkai itu sudah ditanam di Pulau Mabul kerana sudah berbau busuk ketika ditemui,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? BANGKAI penyu yang ditemui terdampar di pantai Pulau Bum-Bum.
BANGKAI penyu yang ditemui terdampar di pantai Pulau Bum-Bum.
 ??  ?? KEADAAN rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran. ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran.
KEADAAN rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran. ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia