Harian Metro

Tiga beranak kecundang

 Wanita jual dokumen palsu kepada warga asing sejak 10 tahun lalu ditahan bersama 2 anak

- Hazsyah Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Tiga beranak antara lima individu yang disyaki terbabit dengan sindiket menjual dokumen palsu kepada warga asing di daerah ini ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di penempatan setinggan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, wanita berusia 52 tahun dan dua anak lelaki masing-masing berusia 20 dan 22 tahun ditahan di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Pangiran Galpam, Batu 7, dekat sini.

Dua lagi suspek, remaja lelaki berusia 14 dan 16 tahun turut ditahan di rumah sama.

Semua suspek ditahan dalam serbuan Op Ikrar JIM sabah.

Difahamkan, wanita 52 tahun itu yang juga menjadi suspek utama dipercayai menjadi dalang sindiket berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu.

Dia dipercayai menjadikan rumahnya sebagai pusat kutipan dokumen palsu yang siap dan dijual pada harga RM1,500 satu set.

Ketika serbuan, JIM Sabah turut menemui lebih 200 dokumen dipercayai palsu ditemui dalam rumah suspek antaranya salinan pemegang dokumen Pendaftara­n Orang Asing Khas (IMM13) dan surat permohonan permit masuk Jabatan Imigresen, tiga MyKad, gambar pasport, surat pengesahan kad pengenalan, surat kelulusan serta surat permohonan kad pengenalan dan borang akuan.

Sumber JIM Sabah berkata, semua lima suspek itu yang mempunyai dokumen termasuk sebagai penduduk tetap kini direman untuk siasatan lanjut.

“Serbuan ini dibuat selepas tangkapan empat beranak di Lahad Datu kerana memiliki dokumen palsu dalam operasi bersepadu bersama Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada hujung bulan lalu.

“Siasatan ke atas empat individu didapati memiliki dokumen palsu itu membawa kepada penahanan lima suspek dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 ??  ?? DOKUMEN yang dirampas dalam serbuan Op Serkap, semalam.
DOKUMEN yang dirampas dalam serbuan Op Serkap, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia