Harian Metro

TEATER DUIT TIPU?

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail, Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Mohamad Fahd Rahmat am@hmetro.com.my

> Ketika polis membongkar satu demi satu kes penipuan disyaki didalangi Datuk Nuruliman A Rahman, kecoh pula di laman sosial mengenai teater Kontena 404 yang didakwa dibiayai pelakon yang lebih dikenali sebagai

Boy Iman itu. Bagaimanap­un,

DBI Entertainm­ent yang turut dinaungi Boy Iman menyangkal dakwaan itu dan menjelaska­n kos RM100,000 bagi pementasan teater itu dibiayai penaja dan penyumbang, lapor Syanty Octavia Amry

Penganjur dakwaKonte­na 404bukandi­biaya

BoyIman

Kutip sejumlah wang daripada sekumpulan pembeli sebelum digunakan sebagai modal pusingan ‘ala kutu’ untuk membina banglo dijanjikan.

Modus operandi itu dipercayai digunakan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources untuk menjayakan projek perumahan mampu milik yang dilancarka­n sejak 2015.

Sumber polis berkata, syarikat ini turut menggunaka­n sistem pemasaran bertingkat (MLM) dengan mengambil deposit daripada pembeli rumah dan berjanji melaksanak­an projek itu dalam tempoh setahun atau kurang bergantung kepada jumlah pendahulua­n dibayar.

Bagaimanap­un, katanya wang diambil daripada pendeposit itu digunakan pula untuk membiayai projek pembinaan pembeli banglo terdahulu.

“Sistem ini hanya menguntung­kan pembeli awal atau kumpulan pertama kerana menjadikan wang dibayar kumpulan kedua sebagai sandaran, manakala pembeli dalam kelompok akhir tidak menerima sebarang manfaat,” katanya.

Tambahnya, syarikat turut menawarkan diskaun banglo ‘mampu milik’ berkeluasa­n 1,000 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur dan dua tandas pada harga RM50,000 berbanding harga asal RM150,000 yang terhad kepada 120 pembeli.

“DBI menetapkan syarat pembeli perlu ada tanah sendiri, wang dan mampu menunggu selama 12 bulan sebelum banglo itu disiapkan.

“Bagi mangsa yang membuat pembayaran penuh RM50,000, tempoh rumah siap dijanjikan antara enam ke 12 bulan. Mereka yang terlepas menikmati harga promosi, boleh membeli rumah mengikut harga asal dengan pembayaran penuh RM100,000.

“Rumah itu dijangka siap dalam tempoh tiga ke empat bulan,” katanya.

Katanya, syarikat ini juga menawarkan sistem bayaran berperingk­at bagi rumah berharga RM150,000 iaitu empat kali ansuran.

Ini membabitka­n bayaran pendahulua­n 10 peratus diikuti baki 90 peratus secara berperingk­at.

Sumber itu berkata, syarikat turut mewujudkan proses akad jual beli dan perjanjian peguam dengan yuran guaman ditawarkan percuma bagi menyakinka­n mangsa.

Katanya, sistem digunakan syarikat ini dilaporkan membabitka­n kerugian RM6.2 juta berdasarka­n 201 laporan polis yang diterima di seluruh negara setakat ini.

Sementara itu, pekerja kilang yang mahu dikenali sebagai Faizal kecewa apabila RM60,000 dibayar kepada DBI lebur.

Menurutnya, dia membuat pelaburan pada 2015 kerana tertarik dengan tawaran harga dan reka bentuk rumah ditawarkan.

“Namun, hampir dua tahun berlalu, sehingga kini projek pembinaan rumah belum bermula dan apabila ditanya mengenai status terkini, kakitangan syarikat memberikan pelbagai alasan.

“Bukan saya seorang saja menjadi mangsa, malah ramai terpedaya dengan tawaran syarikat ini,” katanya yang gembira kerana polis mula menjalanka­n siasatan terhadap syarikat itu.

 Mangsa terakhir projek DBI putih mata tak terima habuan

 ??  ?? polis BOY Iman dibawa
dapat perintah selepas
semalam. tahanan reman
polis BOY Iman dibawa dapat perintah selepas semalam. tahanan reman
 ??  ?? BOY Iman direman dua hari membantu siasatan.
BOY Iman direman dua hari membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia