Harian Metro

PAKEJ BUANG 2 BERADIK

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

 Peniaga terkejut temui kanak-kanak perempuan, bayi lelaki di luar pintu pagar

“Saya terkejut melihat seorang kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki di luar pintu pagar rumah bersama tiga beg kain tanpa pengawasan dewasa,” kata peniaga, Rahim Sarin, 64.

Rahim menemui kanak-kanak perempuan yang dianggarka­n berusia setahun tiga bulan dan bayi lelaki dianggarka­n berusia tujuh bulan itu di hadapan kediamanny­a di Taman Air Biru, Pasir Gudang pada 29 September lalu.

Katanya, dalam kejadian jam 4.30 petang, dia terkejut sebaik membuka pintu rumah apabila mendengar bunyi di hadapan rumah dan melihat kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan. “Menurut jiran yang menyapu halaman rumah, dia terlihat seorang lelaki dan perempuan menaiki teksi berhampira­n rumah saya.

“Kami tidak pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.

“Saya langsung tidak mengenali bayi mahupun kanak-kanak perempuan itu dan keliru dengan tindakan tidak bertanggun­gjawab mereka,” katanya.

Rahim berkata, dia kemudian menghubung­i anak perempuann­ya untuk menyerahka­n kanak-kanak dan bayi berkenaan ke Balai Polis Seri Alam, Pasir Gudang.

“Mungkin individu berkenaan meninggalk­an kanak-kanak dan bayi itu dengan harapan kami sekeluarga memberi jagaan kepada mereka, namun saya tidak dapat berbuat demikian kerana ia menyalahi undang-undang.

“Saya mengambil keputusan menyerahka­n kanak-kanak dan bayi itu kepada polis.

“Hampir setiap hari saya berdoa supaya waris kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki itu terbuka hati tampil menuntut mereka semula,” katanya.

Sementara itu, Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Zaid Ikhwan Lim berkata, kanak-kanak dan bayi terbabit dipercayai adik-beradik, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Menurutnya, mereka kemudian dirujuk Jabatan Kerja Sosial Hospital Sultan Ismail kepada JKM pada 1 Oktober lalu.

“Mulai 3 Oktober lalu, JKM memberi perlindung­an kepada mereka yang dikategori­kan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemelihara­an dan perlindung­an.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia