Harian Metro

MODEL TAHFIZ LIMA BINTANG

ADH contoh terbaik pusat huffaz utama keselamata­n

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kajang

Bersih, kemas, teratur dan luas. Itu pemerhatia­n awal wartawan dan jurugambar saat melangkah masuk ke asrama penginapan pelajar di tingkat tiga bangunan Akademi Darul Huffaz (ADH) Internatio­nal Tahfiz & Science Academy Malaysia yang terletak di Taman Putra Kajang, di sini.

Jarak antara katil ke katil pelajar luas dan selesa untuk mereka bergerak, almari turut diasingkan dari tempat penginapan selain dilengkapi pendingin hawa.

Selain itu, terdapat empat laluan yang menghubung­kan bahagian atas bumbung bangunan itu yang dijadikan kawasan perhimpuna­n serta tempat pelajar melakukan pelbagai aktiviti sukan dan riadah.

Bukan itu saja, kemudahan yang menekankan aspek keselamata­n turut disediakan seperti pelan tindakan kecemasan, lampu dan tangga kecemasan, hos air, penggera keselamata­n, alat pemadam api, tangki air dikhaskan untuk memadam api, tingkap berjeriji besi yang mudah dibuka selain penggunaan almari dan katil besi serta permaidani kalis api.

Tidak hairanlah jika nama pusat tahfiz yang beroperasi sejak 2008 ini sering menjadi pilihan ibu bapa hingga mendapat jolokan pusat tahfiz bertaraf lima bintang.

Menurut Khadim dan Pengasasny­a Sheikh

Lokman Shazly Azlanii Zaharin, pihaknya bukan saja komited melahirkan huffaz cemerlang dalam pelbagai bidang malah menyediaka­n kemudahan selesa kepada 270 pelajar termasuk aspek keselamata­n.

“Setiap madrasah atau tahfiz berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan mematuhi semua syarat ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bangunan tiga tingkat ini adalah berstruktu­r batu bata dilengkapi lif, 10 laluan keluar masuk termasuk laluan ke kawasan lapang berbumbung di bahagian atas bangunan

serta penggunaan tingkap berjeriji yang mudah dibuka sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Menurutnya, pengusaha pusat tahfiz tidak boleh memandang remeh dan terlalu bergantung kepada syarat asas saja sebaliknya perlu kreatif untuk menyelamat­kan nyawa.

Beliau berkata, sejak dua tahun lalu mereka turut menguatkua­sakan peraturan penting antara lainnya turut memuatkan larangan membawa pemetik api, penggunaan ubat nyamuk dan kipas angin yang boleh menjadi pencetus kepada kebakaran.

“Saya akui memang penggunaan pendingin hawa menelan belanja besar setiap

bulan, tetapi ia adalah inisiatif untuk keselesaan dan mengelakka­n kecelakaan.

“Kami juga meletakkan alat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sudut dalam bangunan, manakala seorang pengawal keselamata­n juga ditugaskan bergilir-gilir.

Selain itu, dua pelajar juga secara sukarela bergilir-gilir berjaga dua jam setiap kumpulan sambil mengisi masa dengan menelaah mata pelajaran serta membaca al-Quran.

Sheikh Lokman Shazly berkata, setiap pelajar mendapat pendedahan dan latihan kecemasan sekurang-kurangnya sekali sebulan bagi mengendali­kan alat pemadam api dan mengawal keadaan apabila berdepan situasi kecemasan seperti kebakaran.

Katanya, mereka turut menerima Anugerah Khas Pengurusan Terbaik daripada Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran Malaysia (PERMATA) bulan lalu kerana kecemerlan­gan dalam akademik dan hafazan.

“Bagi saya, tanpa sokongan penuh ibu bapa tidak mungkin kami sampai tahap ini dan setiap masalah akan dibincangk­an sama ada secara bersemuka mahupun dalam grup WhatsApp,” katanya.

 ??  ??
 ?? Sheikh Lokman Shazly ?? Bagi saya, tanpa sokongan penuh ibu bapa tidak mungkin kami sampai tahap ini dan setiap masalah akan dibincangk­an sama ada secara bersemuka mahupun dalam grup WhatsApp ” SHEIKH Lokman menunjukka­n sijil dan piala Anugerah Tahfiz Pengurusan
Terbaik kategori madrasah.
Sheikh Lokman Shazly Bagi saya, tanpa sokongan penuh ibu bapa tidak mungkin kami sampai tahap ini dan setiap masalah akan dibincangk­an sama ada secara bersemuka mahupun dalam grup WhatsApp ” SHEIKH Lokman menunjukka­n sijil dan piala Anugerah Tahfiz Pengurusan Terbaik kategori madrasah.
 ??  ?? CCTV dipasang di setiap sudut untuk menjaga keselamata­n.
CCTV dipasang di setiap sudut untuk menjaga keselamata­n.
 ??  ?? KARPET yang tidak mudah terbakar digunakan di Akademi Darul Huffaz.
KARPET yang tidak mudah terbakar digunakan di Akademi Darul Huffaz.
 ??  ?? ALAT pemadam api dipasang di lokasi strategik untuk digunakan sewaktu kecemasan.
ALAT pemadam api dipasang di lokasi strategik untuk digunakan sewaktu kecemasan.
 ??  ?? BAS ekspres turut disediakan bagi memudahkan pelajar tahfiz bergerak. POSTER peraturan yang harus dipatuhi pelajar ditampal sekitar Akademi Darul Huffaz. PANDANGAN luar Akademi Darul Huffaz, Putra Kajang.
BAS ekspres turut disediakan bagi memudahkan pelajar tahfiz bergerak. POSTER peraturan yang harus dipatuhi pelajar ditampal sekitar Akademi Darul Huffaz. PANDANGAN luar Akademi Darul Huffaz, Putra Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia