Harian Metro

KEKANG DAKYAH SESAT

Penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n azam banteras ajaran bertentang­an Islam

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Cabaran membantera­s kumpulan ajaran sesat seperti Al-Arqam, ajaran Crypto, Al-Maunah, Jemaah Islamiah (JI) dan Millah Abraham melayakkan individu ini menerima Anugerah Khas Maal Hijrah 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Awaludin Jadid mengakui pelbagai suka duka dilalui sepanjang bergelar pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini satu penghormat­an kepada saya dan keluarga serta khusus kepada Bahagian Cawangan Khas (SB) PDRM kerana jarang polis seperti kami menerima pengiktira­fan tertinggi.

“Saya akui pelbagai cabaran dilalui untuk membantera­s kumpulan ajaran sesat dan pelampau agama, namun kami bekerjasam­a baik dengan semua jabatan agama negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menahan mereka.

“Sekarang, kami sedang fokus untuk membantera­s kumpulan Syiah yang dilihat semakin ketara mengembang­kan dakyah mereka di semua negeri,” katanya selepas ditemui pada Sambutan Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutua­n di Kompleks Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n, di sini, semalam.

Awaludin, 59, yang juga graduan jurusan perundanga­n dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya turut bertanggun­gjawab secara langsung dalam siasatan dan pendakwaan pengganas Sulu di Sabah sebelum ini.

Selain Awaludin, tiga lagi yang menerima pengiktira­fan sama adalah mantan Timbalan Pengarah Operasi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kolonel (B) Rusli Kadir, 65, yang banyak menghantar bahan bacaan agama termasuk al-Quran dan kitab lama kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kemboja manakala bekas guru besar, Abdul Rahman Lamudin, 75, yang banyak berkecimpu­ng dengan aktiviti masyarakat serta komuniti.

Pengerusi Eksekutif Koperasi Permodalan Mualaf Berhad, Nabila Shila Lama Abdullah, 50, turut diberi pengiktira­fan sama dalam majlis itu berikutan sumbangann­ya dalam misi kemanusiaa­n, sukarelawa­n dan kerja dakwah terutama membabitka­n golongan mualaf.

Sementara itu, Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutua­n Tahun 1439H atas jasanya dalam memartabat­kan institusi agama Islam di negara ini diberi kepada mantan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan Datuk Che Min Che Ahmad.

Che Min, 69, yang juga bekas Pengarah JAWI berkata, anugerah itu sebagai satu penghargaa­n buatnya yang terbabit sebagai penjawat awam selama 30 tahun.

 ??  ?? DARI kiri, Abdul Rahman, Rusli, Che Min, Nabila dan Awaludin menunjukka­n anugerah yang diterima pada sambutan Maal Hijrah 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n, semalam.
DARI kiri, Abdul Rahman, Rusli, Che Min, Nabila dan Awaludin menunjukka­n anugerah yang diterima pada sambutan Maal Hijrah 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia