Harian Metro

REKRUT BANDUAN JADI PENGGANAS

Dua daripada lapan individu ditahan rancang serang rumah ibadat

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Seramai lapan individu termasuk empat warga asing disyaki terbabit aktiviti kumpulan pengganas ditahan dalam operasi khas berasingan di sekitar Selangor, Sabah dan Perak bermula 27 September hingga 6 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan terbaru dilakukan terhadap dua individu yang juga bekas banduan disyaki merekrut banduan di penjara Tapah untuk menganggot­ai kumpulan pengganas.

Menurutnya, suspek berusia 53 tahun itu pernah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) Pada 7 Februari 2013.

“Dua individu ini juga merancang melancarka­n serangan ke atas rumah ibadat orang Islam, Kristian dan Hindu untuk mencetuska­n konflik antara kaum di Malaysia.

“Seorang suspek juga disyaki melindungi maklumat mengenai seorang anggota Tandzim Al-Qaeda Malaysia (TAQM),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, selain itu turut ditahan seorang pensyarah undangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) warga Albania yang berusia 35 tahun kerana ada hubungan dengan anggota kumpulan Daish di luar negara.

“Manakala pada 27 September lalu, lima individu terdiri dari dua warga tempatan, dua warga Filipina dan seorang warga Filipina berstatus pemastauti­n tetap (PR) berusia 30 hingga 53 tahun ditahan di Sandakan, Sabah.

“Mereka disyaki terbabit aktiviti penyusupan masuk anasir pengganas Abu Sayyaf Group (ASG) ke Malaysia melalui Sabah,” katanya.

Katanya, operasi itu susulan tangkapan tujuh individu pada 14 September lalu di Kuala Lumpur.

“Semua lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 (Akta 747) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? INDIVIDU yang ditahan polis kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti keganasan dalam operasi dilakukan di Sabah, Selangor dan Perak pada 27 September hingga 6 Oktober lalu.
INDIVIDU yang ditahan polis kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti keganasan dalam operasi dilakukan di Sabah, Selangor dan Perak pada 27 September hingga 6 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia