Harian Metro

Kerjasama bantu bersih rumah

-

Persiapan untuk membersihk­an rumah warga emas, Zaidah Mansor yang dijadualka­n hari ini berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak.

Ini termasuk kesudian seorang ahli perniagaan menawarkan khidmat pembersiha­n di rumah berkenaan menggunaka­n peralatan miliknya untuk memastikan segalanya tersusun seperti dirancangk­an.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya berterima kasih kepada banyak pihak yang memberikan maklum balas mengenai kisah hidup Zaidah, 67, yang disiarkan akhbar ini minggu lalu.

Katanya, semua bentuk bantuan dan kesudian pihak luar bersama PPIM dikumpulka­n sebelum mesyuarat penyelaras­an diadakan petang semalam untuk menentukan kaedah terbaik.

“Setakat ini, kami bantu kemas rumah itu seperti mana yang dimahukan. Pada masa sama, kami juga meneliti bentuk keperluan lain yang drasakan wajar.

“Sukarelawa­n Universiti Putra Malaysia (UPM) dan rakan lama Zaidah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga dijangka hadir nanti,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 30 September lalu.
LAPORAN Harian Metro 30 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia