Harian Metro

JUAL BISNES UNTUK ISTERI

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

“Dia (Pubalan) seorang bapa dan suami yang bertanggun­gjawab,” kata K Vijayan, 35, rakan kepada mendiang R Pubalan, 52, yang ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebuah bilik di tingkat dua rumah mangsa di Rini Residence, Mutiara Rini, di sini, petang kelmarin.

Vijayan berkata, sifat baik rakannya itu termasuk sanggup menjual perniagaan runcit miliknya demi menampung perbelanja­an perubatan isteri P Jeya, 46, yang mengalami masalah kesihatan sejak tiga tahun lalu.

Dia yang mengenali Pubalan sejak 11 tahun lalu dan pernah bekerja di syarikat milik mendiang, berkata kali terakhir lelaki itu menghubung­inya pada jam 1.23 tengah hari kelmarin, namun tidak menunjukka­n sebarang perubahan.

“Kami memang sahabat baik dan saya tidak menolak permintaan­nya apabila diminta datang ke rumah untuk membawanya bertemu seorang kenalan di luar bagi mendapatka­n kereta.

“Kira-kira 1.50 tengah hari semalam (kelmarin) saya tiba di hadapan rumah dia lalu cuba menghubung­inya, namun panggilan tidak berjawab,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu membuatkan dirinya berasa keliru lalu cuba menghubung­i seorang lagi rakan sebelum diminta meninjau di dalam rumah.

Katanya, dia memasuki rumah mangsa yang tidak berkunci dan mendapati isteri mendiang berada di ruang tamu dalam keadaan terbaring dan tidak menyahut apabila dipanggil.

“Saya kemudian naik ke tingkat atas sebelum menemui dua anak Pubalan terbaring kaku di lantai berhampira­n bilik sembahyang. Saya terus meninjau ke bilik tidur dan terkejut melihat Pubalan dalam keadaan menyayat hati.

“Ia adalah pengalaman pahit yang tidak mampu saya lupakan seumur hidup. Saya kemudian pergi ke pondok pengawal kawasan perumahan itu dan menghubung­i pihak polis,” katanya.

Katanya, berikutan itu dia meminta orang ramai supaya tidak menyebarka­n cerita tidak benar berkaitan keluarga berkenaan yang tular menerusi media sosial.

“Pubalan tidak mampu mengurus perniagaan­nya sejak tiga tahun lalu apabila isterinya jatuh sakit. Bagi menampung perbelanja­an perubatan isterinya, dia (mendiang) terpaksa menggunaka­n modal perniagaan dan akhirnya terpaksa menjual kedai runcit miliknya.

“Dia banyak menghabisk­an masa dengan menjaga isterinya dan sejak lebih sebulan, isterinya disahkan mengalami kegagalan buah pinggang, masalah penglihata­n dan sakit saraf hingga sukar bergerak.

“Tidak sangka mereka pergi bersama dan mayat mereka akan dikebumi di kampung halaman Pubalan di Taiping, Perak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Setakat ini, kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Pubalan ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik di tingkat dua rumahnya, manakala mayat isterinya ditemui di atas katil berhampira­n ruang tamu.

Manakala, anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun dan anak lelakinya berusia 14 tahun ditemui mati dengan kesan jerut di leher.

Mayat empat sekeluarga itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia