Harian Metro

Pokok dah tua

-

pelajar ini adalah calon harapan untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM tidak lama lagi.

“Malah ketika kejadian, mereka sedang dalam perjalanan untuk menyertai Kem Elit SPM sebagai persediaan akhir kepada pelajar terbaik di Terengganu bagi menghadapi SPM,” katanya. Kuala Terengganu: Struktur dahan pokok daripada spesies Mahogani yang menghempap dua kenderaan sehingga menyebabka­n dua maut dan tiga lagi parah dipercayai patah disebabkan sudah tua dan reput.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Khir Amir Ahmad berkata, dahan sebesar dua pemeluk lelaki dewasa dan seberat hampir 100 kilogram (kg) jatuh sebelum menghempap kenderaan terbabit.

“Ketika kejadian, cuaca dalam keadaan baik dan kami percaya struktur dahan paling besar pada pokok itu jatuh kerana sudah tua dan mereput,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.18 tengah hari dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.

“Kami mengambil masa 12 minit untuk mengeluark­an dua mangsa yang tersepit di dalam kereta Perodua Kancil, manakala mangsa di dalam van sudah dikeluarka­n orang awam serta dua daripadany­a disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan mengenai kemalangan terbabit.

“Polis mengklasif­ikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.

 ?? Abd Halim ?? DUA mangsa yang menaiki kereta turut parah sebelum diselamatk­an. Anak saya memang seorang yang ceria dan menjadi harapan keluarga kerana sering menunjukka­n prestasi cemerlang dalam pelajaran malah dalam percubaan
SPM baru-baru ini dia memperoleh 8A”...
Abd Halim DUA mangsa yang menaiki kereta turut parah sebelum diselamatk­an. Anak saya memang seorang yang ceria dan menjadi harapan keluarga kerana sering menunjukka­n prestasi cemerlang dalam pelajaran malah dalam percubaan SPM baru-baru ini dia memperoleh 8A”...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia