Harian Metro

20 ORANG SATU RUMAH

-

Putrajaya jadi pusat lambakan warga asing

bimbang ia akan menimbulka­n masalah sosial.

Menurutnya, susulan aduan, PPj bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan 67 anggota melancarka­n Op Sesak di Presint 16, Putrajaya bermula jam 12 tengah malam hingga 3.30 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaa­n, seramai 18 warga asing dari Bangladesh, Nepal dan Thailand yang bekerja dalam sektor komersial dan lanskap ditahan dan lima notis serta enam kompaun dikeluarka­n,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua warga asing yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut kerana ada antara mereka tidak mempunyai dokumen sah.

“Notis dan kompaun dikeluarka­n kerana mereka tinggal melebihi jumlah penghuni ditetapkan dan kediaman berada dalam keadaan kotor.

“Ini kali pertama kita melakukan pemeriksaa­n di Putrajaya mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memberi tumpuan untuk membuat pemeriksaa­n dari segi kesesakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hasim berkata, pihaknya bercadang mewujudkan satu penempatan untuk pekerja asing di sini.

“Kita mengambil contoh kejayaan pusat penempatan yang diwujudkan di Negeri Sembilan dan Johor bagi pekerja asing bagi membolehka­n mereka hidup dalam suasana yang lebih teratur dan tidak mengganggu keharmonia­n penduduk setempat,” katanya.

 ?? Hasim Ismail ?? PENGUATKUA­SA JTK memeriksa pekerja asing yang ditemui. Ini kali pertama kita melakukan pemeriksaa­n di Putrajaya”
Hasim Ismail PENGUATKUA­SA JTK memeriksa pekerja asing yang ditemui. Ini kali pertama kita melakukan pemeriksaa­n di Putrajaya”
 ??  ?? DAPUR yang ditempatka­n di ruang tamu.
DAPUR yang ditempatka­n di ruang tamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia