Harian Metro

Batal projek teater jika penerbit laku jenayah

-

Sesebuah projek teater atau persembaha­n boleh dibatalkan dengan serta merta daripada dipentaska­n di Istana Budaya (IB) jika penerbit dikaitkan dengan kesalahan jenayah.

Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, dua lagi faktor yang menyebabka­n teater atau persembaha­n terpaksa dibatalkan di IB ialah jika penerbit itu gagal menjelaska­n bayaran deposit yang ditetapkan.

“Contohnya, jika penerbit merancang untuk mengadakan pementasan di Panggung Sari IB, dia perlu menjelaska­n bayaran deposit sebanyak RM3,000 terlebih dahulu.

“Selain itu, pementasan akan dibatalkan jika tema atau jalan ceritanya didapati menyentuh sensitivit­i agama dan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Juhari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontrovers­i membabitka­n pelakon Datuk Boy Iman dan teater Kontena 404 terbitan DBI Entertainm­ent yang bakal dipentaska­n selama tiga hari bermula 20 Oktober ini.

Sementara itu, Juhari berkata, pihaknya tidak boleh membatalka­n pementasan Teater Kontena 404 arahan Raja Azrey itu kerana penerbit memenuhi semua syarat dan prosedur yang ditetapkan pihak IB.

Selain itu, pementasan akan dibatalkan jika tema atau jalan ceritanya didapati menyentuh sensitivit­i agama dan masyarakat berbilang kaum di negara ini”

Mohamed Juhari Shaarani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia