Harian Metro

MATI MUNTAH DARAH

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

 Anggota tentera ditemui meninggal dunia dalam kereta

Seorang anggota tentera ditemui meninggal dunia dalam kereta dengan keadaan muntah darah di Jalan Tee Hoii, di sini, kelmarin.

Koperal Razif Ruhiman, 32, ditemui orang awam yang mendapati lelaki itu tidak sedar diri dan muntah darah sebelum menghubung­i polis, jam 4.10 petang.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki yang juga anggota tentera ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta dengan darah di bahagian mulut dan ada tompokan darah di hadapan kereta dipercayai muntah darah mangsa.

“Anggota tentera itu bertugas di Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja, Kem Town Barrack, Taiping.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan mengikut maklumat daripada rakan sekerjanya, anggota tentera itu dikatakan pernah mengalami sakit tibi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, bedah siasat mendapati punca kematian akibat pendarahan dalam perut dan siasatan menunjukka­n tiada unsur jenayah.

“Kes diklasifik­asi sebagai mati mengejut,” katanya.

Difahamkan, anggota tentera itu berasal dari Tambunan, Sabah dan bujang.

 ??  ?? MANGSA meninggal dunia dalam kereta di Jalan Tee Hoii, kelmarin.
MANGSA meninggal dunia dalam kereta di Jalan Tee Hoii, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia