Harian Metro

MAINAN UNTUK DANISH

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

Budak diletak dalam raga motosikal maut digilis lori ikan

“Saya hanya mampu melihat Danish terbaring berlumuran darah,” kata Roslan Ismail, 44, selepas anak lelakinya, meninggal dunia dilanggar lori ikan di Jalan Penaga, semalam.

Kejadian berlaku jam 12 tengah hari ketika Roslan yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Permatang Tok Gelam, Tasek Gelugor selepas memotong rumput.

Menurut Roslan, dia memberhent­ikan motosikal untuk ke kedai di kiri jalan bagi membeli alat mainan diminta anak kelima yang berusia tiga tahun itu.

“Danish berada dalam raga motosikal dan sebaik saya melangkah masuk ke kedai, sebuah lori ikan dari arah Penaga bergesel dengan mesin rumput.

“Berikutan itu, anak saya terjatuh di kanan jalan sebelum digilis tayar belakang lori berkenaan,” katanya.

Roslan hanya mampu terkedu sebaik melihat anaknya terbaring berlumuran darah, manakala lori berkenaan berhenti 50 meter dari tempat kejadian.

“Hari ini (semalam), anak begitu beria-ria mahu ikut saya memotong rumput dan memang tidak sangka yang ia akan berakhir dengan tragedi.

“Saya tak sempat membeli mainan diminta anak kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya yang juga kakitangan sebuah bank dan mengambil upah memotong rumput.

Mayat kanak-kanak lelaki terbabit dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahka­n kejadian itu.

 ??  ?? AHLI keluarga menunggu untuk menuntut jenazah Danish di Unit Forensik Hospital Kepala Batas.
ROSLAN (berdiri) melihat Danish yang maut selepas dilanggar sebuah lori ketika berada di atas motosikal di hadapan sebuah kedai di Jalan Penaga.
AHLI keluarga menunggu untuk menuntut jenazah Danish di Unit Forensik Hospital Kepala Batas. ROSLAN (berdiri) melihat Danish yang maut selepas dilanggar sebuah lori ketika berada di atas motosikal di hadapan sebuah kedai di Jalan Penaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia