Harian Metro

Remaja perempuan dirakam buang najis dipercayai OKU

-

Remaja perempuan yang dirakam membuang najis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan sebuah kedai dobi dekat Lobak, dipercayai orang kurang upaya (OKU).

Perkara itu dijelaskan seorang kenalan keluarga mangsa yang enggan dikenali yang memaklumka­n mereka mengenali remaja terbabit ketika menetap di Rasah Jaya beberapa tahun lalu.

Menurutnya, remaja itu sebelum ini belajar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah rendah di Rasah Jaya sebelum mengikuti program yang sama di sekolah menengah di Mambau.

“Ibu remaja terbabit turut mengalami masalah sama dengan tingkah laku mereka seperti kurang waras namun perbuatan membuang najis di tempat awam seumpama itu belum pernah berlaku.

“Saya amat terkejut apabila membaca portal berita Harian Metro Khamis lalu dan kebanyakan netizan tidak mengetahui latar belakang mereka.

“Namun perbuatan tidak bermoral terbabit tidak wajar. Pihak berkaitan perlu tampil dan membantu remaja serta keluargany­a kerana dikhuatiri melakukan perbuatan yang sama,” katanya.

Khamis lalu, Harian

Metro melaporkan remaja perempuan membuang air besar di hadapan pintu masuk sebuah premis dobi di Jalan Manickavas­agam, Lobak, Seremban.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n remaja membuang air besar di pintu masuk sebuah dobi.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n remaja membuang air besar di pintu masuk sebuah dobi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia