Harian Metro

Perkasa modul STEM di sekolah tahfiz

-

Kementeria­n Pendidikan memperkasa modul sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) untuk diterapkan di sekolah tahfiz seluruh negara bagi memberi penekanan terhadap pendidikan berteraska­n al-Quran serta sains dan teknologi.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu di peringkat cadangan kerana kerajaan kini menumpukan soal keselamata­n murid dan pelajar di pusat tahfiz susulan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Kuala Lumpur yang meragut 23 nyawa bulan lalu.

“Modul STEM itu kini dilaksanak­an menerusi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Ulul Albab kelolaan Kementeria­n Pendidikan.

“Program Ulul Albab ini mampu memahami serta membudayak­an al-Quran, tetapi menyelesai­kan masalah dengan menguasai pelbagai cabang bidang pengajian STEM yang dipelajari pelajar di sekolah berkenaan,” katanya selepas pelancaran Kelab Warisan Anak Muda Perintis Intelektua­l Malaysia (WARIS) dan Persatuan Bekas Kakitangan KEMAS (PBAKM) Negeri Kedah serta Program Santai Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan FELCRA, di sini, semalam.

Katanya, 14 SMKA Ulul Albab di seluruh Malaysia melaksanak­an konsep itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia