Harian Metro

Maut di tengah jalan raya

-

Seorang penunggang motosikal maut akibat cedera parah apabila dilanggar beberapa kenderaan selepas terjatuh di tengah jalan dalam kemalangan di Kilometer 57.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa Then Tian Xing, 19, bersendiri­an dipercayai bergesel dengan pembahagi jalan menyebabka­nnya terjatuh di lorong kanan lebuh raya itu.

Menurutnya, mangsa yang terbaring di tengah jalan dipercayai dilanggar beberapa kenderaan yang tidak sempat mengelak.

“Akibat itu, mangsa yang cedera parah disahkan maut di tempat kejadian sebelum mayat dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, sebelum itu seorang lelaki Mohamad Ali Jamhari, 41, turut maut akibat cedera parah di kepala selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 60.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, kira-kira jam 8.50 malam kelmarin.

“Mangsa yang menunggang secara bersendiri­an dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh dan terseret sejauh kira-kira 10 meter.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila tayar motosikal dinaiki mangsa bocor sebelum berlaku kemalangan yang meragut nyawanya,” katanya.

Katanya, mayat mangsa juga dihantar ke HEBHK untuk bedah siasat.

 ??  ?? KEADAAN motosikal yang ditunggang oleh Mohamad Ali (gambar kecil).
KEADAAN motosikal yang ditunggang oleh Mohamad Ali (gambar kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia