Harian Metro

MoU program kreatif kanak-kanak SERAH PADA JKM

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Lima kanak-kanak berusia antara sembilan bulan hingga 11 tahun yang tinggal di sebuah rumah uzur di Kampung Paloh Pintu Geng, di sini, diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semalam.

Manakala ibu mereka berusia 34 tahun diserahkan kepada polis oleh JKM untuk ujian saringan air kencing kerana dipercayai terbabit dalam penyalahgu­naan dadah. Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JKM WPKL) dan Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun (PKK Tuanku Bainun) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) bagi menjayakan jalinan kolaborati­f program kreatif kanak-kanak Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 Lima kanak-kanak hidup terbiar diberi perlindung­an, ibu jalani ujian air kencing

Tindakan itu diambil JKM berikutan keadaan rumah mereka turut dipenuhi timbunan sampah-sarap termasuk pakaian yang tidak dibasuh.

Keadaan persekitar­an yang berbau busuk tidak sesuai untuk pembesaran kanak-kanak berkenaan yang tidak bersekolah berikutan tidak mempunyai surat beranak.

Pengarah

JKM Kelantan

Said Sidup berkata, pihaknya pergi ke rumah sewa wanita itu untuk memberi perlindung­an kepada lima anaknya. “Lima beradik berkenaan ditempatka­n di rumah perlindung­an kanak-kanak JKM di Pengkalan Chepa manakala ibu mereka diserahkan kepada polis untuk ujian saringan air kencing,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sebelum ini, kisah wanita itu bersama lima anaknya tular di Facebook dan WhatsApp mengenai kehidupan mereka yang tinggal di dalam rumah yang uzur dan kotor.

Lima anak itu juga hidup terbiar berikutan kemiskinan hidup.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) Kampung Paloh Pintu Geng Azman Adam berkata, penduduk kampung sentiasa memberi bantuan makanan dan pakaian kepada keluarga wanita berkenaan.

“Keluarga berkenaan menyewa di rumah itu dengan kadar RM150 sebulan, tetapi sudah lama tidak membayarny­a kerana kehidupan yang susah dan pemilik rumah juga tidak menghalang mereka tinggal di situ,” katanya.

 ??  ?? IBU tunggal bersama lima anaknya tinggal di rumah uzur dan kotor di Kampung Paloh Pintu Geng. Gambar kecil, keadaan persekitar­an rumah yang kotor.
IBU tunggal bersama lima anaknya tinggal di rumah uzur dan kotor di Kampung Paloh Pintu Geng. Gambar kecil, keadaan persekitar­an rumah yang kotor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia