Harian Metro

Selamat budak tiga tahun ‘tersesat’

-

Ayu Syahkilla berkata, dia melihat kelibat kanak-kanak lelaki itu ketika berada di tempat kerjanya sebelum bergegas membantu.

Katanya, ketika memegang tangan kanak-kanak itu, dia hanya menangis sebelum dipujuk lalu mengajakny­a mencari ibunya, namun gagal.

“Saya kemudian mengajak dia (kanak-kanak itu) makan terlebih dahulu sebelum mencari semula ibunya, namun dia enggan.

“Selang beberapa minit kemudian, ibu kanak-kanak itu datang dengan seorang lagi anaknya sambil memberitah­u kanak-kanak itu hilang ketika dia membeli barang di sebuah pasar raya berhampira­n,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, ibu kanak-kanak itu memaklumka­n mencari selepas menyedari kehilangan anaknya.

Katanya, wanita berkenaan mengucapka­n terima kasih kerana menyelamat­kan anaknya yang nyaris dilanggar kenderaan.

 ??  ?? AYU Syahkilla bersama kanak-kanak yang ditemui selepas terpisah daripada keluarga di Taman Tas, kelmarin.
AYU Syahkilla bersama kanak-kanak yang ditemui selepas terpisah daripada keluarga di Taman Tas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia