Harian Metro

RUGI RM20,000 KERANA KUCING

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Minat yang mendalam terhadap kucing import menyebabka­n seorang peminat kucing, Mimi berputih mata selepas kerugian hampir RM20,000 ditipu seorang penjual dalam sebuah laman sesawang.

Menurut Mimi, 32, dia memesan dua ekor kucing jenis Parsi dan Scottish Fold melalui penjual dalam talian dan membuat pembayaran melalui pemindahan wang menggunaka­n khidmat perbankan Internet.

“Saya mempercaya­i penjual itu selepas dimaklumka­n dia penjual kucing import berlesen selain sempat menunjukka­n bukti dia penjual sah melalui beberapa salinan dokumen.

“Pada mulanya kami berurusan melalui WhatsApp dan e-mel, malah saya juga diberikan salinan permit untuk mengimport kucing itu ke Malaysia.

“Penjual itu berjanji kucing berusia antara lima bulan dan dua tahun itu akan dihantar ke tangan saya kira-kira 30 hari dari tarikh saya membuat pembelian,” katanya.

Menurutnya, selepas lebih sebulan tidak menerima kucing yang dijanjikan itu dia cuba menghubung­i penjual melalui e-mel dan WhatsApp serta membuat panggilan.

“Tidak sedap hati, saya cuba menghubung­inya melalui semua saluran yang ada, namun semua sia-sia apabila penjual itu langsung tidak memberikan maklum balas dan jejaknya juga gagal dikesan sampai sekarang.

“Saya mencari semula laman sesawang penjual itu, malangnya ia sudah ditutup.

“Kecewa dengan penipuan ini, saya melaporkan perkara ini kepada sebuah pusat aduan pengguna dan laporan polis juga dibuat,” katanya.

“Namun, ketika saya membuka televisyen itu ia tidak boleh berfungsi sedangkan saya sudah memasang segala alat kelengkapa­n mengikut keterangan yang disertakan dalam kotak televisyen itu.

“Saya menghubung­i penjual, dia memberi saya beberapa arahan termasuk reset (menetapkan semula) televisyen dan sebagainya, namun tetap sama masih tak boleh berfungsi.

“Saya menghubung­inya melalui Facebook tetapi dia menyekat akaun saya. Saya juga menghubung­inya melalui nombor telefon yang tertera malangnya perkhidmat­an sudah ditamatkan,” katanya.

Menurutnya, rahsia penjual itu terbongkar apabila dia dimaklumka­n seorang pemilik kedai membaiki barangan elektrik bahawa televisyen ‘baru’ itu sebenarnya adalah produk ‘refurbishm­ent’ (pembaharua­n semula).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia