Harian Metro

Terpedaya beli TV murah

-

kerana mahukan harga lebih murah daripada membeli di pasaran, seorang pembantu tadbir kerugian apabila televisyen berjenama dibelinya melalui penjual dalam talian tidak berfungsi sebaliknya dia perlu mengeluark­an kos lain bagi membaiki alat itu.

Aidil, 22, berkata, dia tertarik dengan iklan seorang penjual dalam sebuah laman grup di Facebook yang menjual televisyen berjenama terkenal pada harga RM500.

Menurutnya, segala urusan pembelian televisyen itu dilakukan melalui WhatsApp.

“Saya sudah lama teringin membeli televisyen tetapi belum berkemampu­an disebabkan baru enam bulan bekerja.

“Bulan lalu, saya tertarik dengan iklan penjual dalam Facebook yang menjual Smart TV 32 inci pada harga RM500 kerana murah.

“Pada mulanya saya bimbang jika penjual itu tidak jujur, namun selepas dia berjaya memuaskan hati saya dengan beberapa testimoni pembelinya saya pun percaya.

“Selepas berpuas hati, saya pun membuat bayaran melalui mesin deposit tunai akaun penjual itu.

“Dia memaklumka­n barang akan dihantar melalui pos dalam tempoh seminggu,” katanya.

Katanya, selepas seminggu barang yang ditunggu sampai ke tangan dalam keadaan baik dan masih baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia