Harian Metro

KUKUHKAN JATI DIRI GENERASI MUDA

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Menjadi diri sendiri dan diiringi nilai jati diri yang tinggi hingga mampu mengubah persekitar­an, masyarakat dan negara bangsa adalah definisi modal insan buat Rohaizat Ahmad.

Merujuk kejayaan empayar Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW hingga tercoret dalam sejarah dunia, beliau mengatakan kejayaan itu tercipta berbekalka­n nilai modal insan dimiliki empat sahabat baginda, yang juga Khulafa al-Rasyidin.

Memikul amanah sebagai Pengarah Urusan FELCRA Training and Consultanc­y (FTC), Rohaizat berpendapa­t pembanguna­n modal insan adalah pelaburan masa depan namun mengecewak­an apabila kepentinga­nnya dipandang enteng oleh segelintir pihak.

Dalam menyokong aspirasi kerajaan, Transforma­si Nasional

2050 (TN50), pengamal dan jurulatih yang diperakui dalam bidang NeuroLingu­istic Program (NLP) & Body Language daripada The Internatio­nal Society of Neuro-Semantics (ISNS) ini berkata, pembanguna­n modal insan menjadi faktor utama perlu diberi perhatian.

“Ini kerana generasi muda yang mempunyai jati diri dan modal insan yang kukuh dapat memacu kejayaan negara menjelang 2050.

“Justeru, kita memerlukan struktur modul modal insan yang terbaik untuk mencapai sasaran ini.

“Selain itu, kita juga memberi penekanan mengenai isu merakyatka­n sektor pekerjaan tanah air yang kebanyakan peranannya kini dimainkan pekerja asing,” katanya ketika ditemui.

Berdepan persepsi pihak majikan terhadap tenaga kerja tempatan disifatkan ‘manja’ berbanding komitmen pekerja asing, beliau mengakui perangai orang tempatan membuatkan pemain industri memilih alternatif berkenaan meskipun menampung kos yang tinggi.

Justeru, FTC terpanggil untuk menggemble­ng tenaga bersama Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) bagi melaksanak­an projek melatih semula tenaga kerja terutama dalam sektor penerbanga­n, minyak dan gas yang terpinggir.

“Usaha pembanguna­n modal insan ini merangkumi kemahiran baru dan menambah nilai skil pekerja dalam pelbagai bidang supaya mereka lebih bersedia dan produktif demi peluang kerjaya pada masa depan.

“Kita juga ingin membentuk tenaga kerja yang berpengeta­huan dan sentiasa terbuka untuk menyertai pelbagai kursus pendek untuk kepakaran masing-masing.

“Untuk berjaya dalam perkhidmat­an dan kerjaya, konsep yang ditekankan pada hari ini adalah 20 peratus untuk pengetahua­n dan pengalaman, manakala paling penting, tingkah laku (attitude) sebanyak 80 peratus.

 ??  ?? KELUARGA sentiasa memberi dorongan.
KELUARGA sentiasa memberi dorongan.
 ??  ?? DALAM lawatan ke Thailand.
DALAM lawatan ke Thailand.
 ??  ?? KELUARGA sentiasa memberi dorongan.
KELUARGA sentiasa memberi dorongan.
 ??  ?? PERSIDANGA­N anjuran FTC baru-baru ini.
PERSIDANGA­N anjuran FTC baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia