Harian Metro

MAHRAM DENGAN BAPA TIRI SUAMI

-

Saya baru mendirikan rumah tangga sebulan lalu. Saya ingin bertanya, apakah hukumnya saya bersalaman dengan bapa mentua yang juga bapa kandung kepada suami? Bagaimana pula andainya bapa mentua itu hanyalah bapa tiri kepada suami?

IRA, Kuantan

sendiri mempunyai pelbagai hukum dari segi pandangan ulama. Namun, bagi menjurus pandangan mazhab

Syafie maka sentuhan, bersalaman dan mendedahka­n aurat adalah berkaitan mahram atau bukan mahram iaitu boleh dikahwini atau tidak boleh dikahwini.

Dirujuk pada ayat

31, surah An-Nur bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperliha­tkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadany­a, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperliha­tkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada kalangan orang lelaki yang sudah tua dan tidak berkeingin­an pada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentak­kan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembuny­i daripada perhiasan mereka, dan bertaubatl­ah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Maka bapa tiri adalah mahram kepada anak tirinya dan isterinya. Tidak boleh berkahwin dengan ayah tiri kepada suaminya. Oleh itu dibolehkan bersalaman dengan bapa tiri kepada suaminya. Wallahuakl­am

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia