Harian Metro

Puasa Asyura ingat Nabi Musa

-

sempena Muharam, umat Islam disunatkan berpuasa pada 10 Muharam? Bolehkah ustaz kongsikan hadis dan peristiwa berkenaan?

MAYA,

Muar

puasa 10 Muharam atau hari Asyura boleh dirujuk pada hadis diriwayatk­an Abu Qotadah Al Anshori yang berkata: “Nabi Muhammad SAW ditanya mengenai kelebihan puasa Arafah?

“Baginda menjawab, ‘puasa Arafah akan menghapusk­an dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.’

“Baginda juga ditanya mengenai keistimewa­an puasa Asyura. Baginda menjawab, ‘Puasa Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.” (HR Muslim)

Antara kisah yang disebut ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, masyarakat Yahudi dan Nasrani meraikan hari Asyura yang bermaksud hari ke-10.

Mereka meraikanny­a kerana mengingati kejayaan Nabi Musa AS dan Bani Israel terselamat daripada Firaun. Maka, lebih layak bagi orang Islam yang beriman dengan agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Musa AS meraikanny­a berbanding Yahudi dan Nasrani.

Abdullah Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura, Baginda menyuruh berpuasa pada hari itu.

“Para sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Sesungguhn­ya hari ini (Asyura) adalah hari yang dibesarkan Yahudi dan Nasrani.

“Sebaliknya Baginda bersabda: ‘Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan, pasti daku berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (HR Muslim). Wallahuala­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia