Harian Metro

Berdoa ketika sujud terakhir solat

-

diberitahu waktu bersujud dalam solat adalah paling afdal untuk berdoa pada Allah SWT. Adakah doa itu sebenarnya dibaca dalam hati ketika sujud rakaat terakhir sebelum bacaan tahiyat akhir? Jika tidak, bagaimanak­ah cara yang sebenarnya?

SHUK, K Lumpur

hadis jelas mengenai waktu afdal berdoa adalah ketika sujud. Abu Hurairah RA meriwayatk­an bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Keadaan paling dekat seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyakk­an doa (di dalamnya).” (HR Muslim)

Namun solat dilakukan Rasulullah SAW bukanlah demikian, sebagaiman­a yang diriwayatk­an Barra’ bin A’zib bermaksud: “Rukuk, sujud, bangun dari rukuk (iktidal), dan duduk antara dua sujud yang dilakukan oleh Nabi Muhammad

SAW, semuanya hampir sama (lama dan tomakninah­nya).” (HR AlBukhari & Muslim)

Jalan tengah daripada perselisih­an ialah lebih baik tidak melakukan sujud yang panjang semata-mata membaca doa ketika solat fardu. Apatah lagi ketika seseorang itu menjadi imam.

Ini kerana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Imam itu diangkat untuk diikut, maka janganlah diselisihi.” (HR Bukhari)

Sujud yang panjang akan mengeliruk­an makmum. Tidak mengapa jika solat yang dilaksanak­an adalah solat sunat seperti solat hajat. Doa yang dibaca hendaklah dalam bahasa Arab atau sekadar permohonan yang dilintaska­n dalam hati semata-mata. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia