Harian Metro

Anak cemerlang bermula dengan ibu bapa

-

Anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang bertanggun­gjawab mencorakka­nnya. Cantik corak dan warna maka membesarla­h anak dengan akhlak yang baik. Begitu juga sebaliknya. Fitrah ialah suci iaitu lawan kepada kufur dan ingkar kepada Allah.

Selepas lahir barulah kedua-dua ibu bapa mewarna dan menjadikan anak apa yang sepatutnya. Hadis

Nabi maksudnya: “Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah, maka keduadua orang tuanyalah yang menjadikan­nya Yahudi,

Majusi atau Nasrani.” (HR alBukhari).

Kebelakang­an ini kita sering ‘dihidangka­n’ dengan masalah remaja yang semakin menggerunk­an. Pelbagai aktiviti tidak sihat dilakukan dan pelbagai akhlak tidak baik dipertonto­nkan.

Saya teringat ketika menyampaik­an ceramah di penjara, kebanyakan banduan meluahkan perasaan mereka tidak ingin melakukan kesilapan. Mereka tidak mengimpika­n hidup penuh kejahatan. Namun apakan daya, mereka dilahirkan dalam keluarga bermasalah.

Ibu ayah bercerai malah ada terpaksa berhenti belajar. Sejak kecil tidak pernah diajak solat berjemaah. Pergi ke majlis ilmu apatah lagi. Mereka tidak pernah merasa erti kasih ketika kecil. Mereka melihat ayah merokok, ibu menengking ayah, melihat ibu bapa melakukan kerja tidak baik dan sebagainya.

Malah mereka juga tidak melayani ibu bapa dengan baik. Mereka pernah melihat ayah mengambil dadah. Sejak peristiwa itu, terdetik di hati mahu merokok, setelah itu berjinak-jinak dengan dadah. Mereka menjadi insan semakin hari semakin rosak dan akhirnya dimasukkan dalam penjara.

Berdasarka­n cerita ini, bukankah ibu bapa yang sepatutnya menjadi contoh. Siapa yang perlu dipersalah­kan. Si anak yang mentah atau ibu bapa yang bermasalah. Usah salahkan anak, tetapi salahkan diri sebagai ibu bapa.

Sebenarnya untuk melahirkan anak cemerlang dan berakhlak bermula dengan ibu bapa. Mereka perlu menjadi baik terlebih dahulu.

Dalam al-Quran, Allah merakamkan panduan cara untuk melahirkan anak soleh. Anak yang dijaga Allah. Kisah ini disebut dalam surah al-Kahfi ayat 82 dan disyarahka­n dalam kitab tafsir Nurul Ihsan jilid ketiga.

Allah menjaga keduadua anak yatim serta harta mereka disebabkan berkat ibu bapanya yang soleh. Kisahnya disebutkan ada dua anak yatim tinggal di sebuah rumah yang hampir runtuh lalu di bawah rumah itu ada harta milik mereka.

Allah mewahyukan kepada Nabi Khidhir membina semula rumah itu kerana Allah ingin menjaga kedua-anak yatim tadi serta ingin menjaga harta milik mereka agar tidak diganggu dan diambil oleh orang lain.

Kenapa Allah begitu menjaga anak yatim ini. Allah menyebut dalam ayat seterusnya, Allah menjaga mereka disebabkan ayah mereka seorang yang soleh.

Inilah rahsia utama untuk kita semua sekiranya ingin melahirkan anak soleh dan cemerlang dunia akhirat.

Semua ulama berpegang dengan ayat ini hinggakan mereka memperbaik­i diri mendekatka­n diri kepada Allah lalu Allah menghadiah­kan anak mereka juga soleh dan alim seperti mereka.

Inilah janji Allah buat semua ibu bapa. Sekiranya kita mempunyai anak yang bermasalah, perkara pertama kita cuba muhasabah kembali bagaimana hubungan kita dengan Allah. Sekiranya kita benar-benar mengingink­an anak yang soleh, kita perlu merendahka­n diri di hadapan Allah dengan bertaubat dan mendekatka­n diri dengan Allah kerana yang membuka pintu hati anak kita hanyalah Allah.

Berusahala­h menjadi baik dan tunjukkan teladan baik di hadapan anak, nescaya Allah akan menjadikan mereka juga baik. Bahkan Allah akan menjaga anak kita berkat usaha ibu bapa menjadi baik dan menjadi idola terbaik buat anak.

Nabi SAW juga ada berpesan dalam sebuah hadis sohih: “Jagalah hak Allah, Allah akan menjagamu.” (HR Tarmidzi dan Ahmad).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia