Harian Metro

JANGAN HANYA JAGA MUKA

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Setiap tahun, Oktober dipilih sebagai bulan kesedaran kanser payudara atau Pink October bagi terus memberi kesedaran terhadap ancaman nombor satu wanita itu.

Pelbagai organisasi menganjurk­an aktiviti atau ceramah bagi memberi kesedaran awal terhadap kanser payudara yang sehingga kini masih belum diketahui puncanya.

Tidak ketinggala­n,

Pusat Perubatan Tropicana (TMC) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA); Neubodi Holdings Sdn Bhd; Can-Care Health System Sdn Bhd; Cala

Qisya Sdn Bhd; Sekolah Antarabang­sa IGB; Medifeet; dan Nails on Wheels menganjurk­an sambutan Pink October sebagai sokongan terhadap kempen itu.

Pengerusi TMC Life Sciences, Prof Emeritus Datuk Dr Khalid Abd Kadir berkata, satu daripada 19 wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser payudara.

“Ia penyakit biasa di negara ini yang menyerang secara rawak. Pemeriksaa­n awal mampu mencegah ia menjadi lebih teruk.

“Ramai wanita tidak sedar pentingnya mengesan tanda awal penyakit berkenan serta malu untuk tampil bagi pemeriksaa­n klinikal.

“Semua wanita berisiko mendapat kanser payudara bukan hanya yang ada sejarah keluarga sahaja.

“Sebab itu pentingnya membuat pemeriksaa­n awal. Selain itu, ramai juga tidak sedar mereka boleh

 ??  ?? DR Khalid (empat dari kiri) ketika kempen bulan kesedaran kanser Pink October.
DR Khalid (empat dari kiri) ketika kempen bulan kesedaran kanser Pink October.
 ??  ??
 ??  ?? OKTOBER dipilih sebagai bulan kesedaran payudara di seluruh dunia.
OKTOBER dipilih sebagai bulan kesedaran payudara di seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia