Harian Metro

S DILEMA LELAKI ‘GEMALAI’

-

aya sering menghadapi gangguan daripada golongan sejenis disebabkan perwatakan saya ‘gemalai’ sedikit berbanding lelaki biasa. Saya cuba ‘keraskan’ perwatakan tetapi berasa canggung kerana itu bukan diri saya sebenar. Saya cuba pelbagai cara termasuk menghadiri bengkel personalit­i dan sebagainya.

Namun semuanya sia-sia dan pada satu tahap saya pernah menghadiri klinik kaunseling bagi merawat tekanan.

Bantuan saya terima semuanya bersifat sementara. Ada kalanya terfikir saya ingin mengaku kalah tetapi memikirkan pesanan orang tua supaya menghindar­i perbuatan songsang itu, saya cuba positif.

Saya bimbang satu hari nanti tergoda dengan pujukan rayu lelaki. Bukan saya tidak teringin mempunyai keluarga sendiri. Namun disebabkan gangguan lelaki, ramai kenalan wanita kerap mengelak serta menghindar­i saya. Apa perlu saya lakukan?

JAN, Kuala Lumpur

Potongan ayat 82 dalam Surah Huud bermaksud; ‘Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi’.

Begitu hebatnya balasan Allah terhadap kaum Nabi Luth AS atas kesalahan mereka iaitu menjalin hubungan sejenis dan seharusnya menjadi pedoman setiap kali saudara hampir tewas dengan godaan lelaki.

Saudara seharusnya bersyukur kerana kecenderun­gan saudara ialah mendambaka­n wanita dan sebaik-baiknya kekal positif dan berusaha mencari pasangan sesuai dengan personalit­i diri.

Mengenai godaan, berbanding membalas dengan tolakan kasar mahupun mengherdik, mungkin hikmah saudara berdepan dengan ‘spesies’ ini ialah menasihati serta berdakwah agar mereka kembali ke jalan benar.

Usaha lain saudara boleh lakukan ialah bertegas mengenai pendirian saudara mengenai naluri terhadap perempuan betul dan saudara perlu terus mencari pasangan hidup.

Andai gagal menemui calon sesuai, minta bantuan keluarga mahupun saudara. Jangan sekali-kali putus asa dan terus positif membolehka­n saudara mengharung­i semua halangan.

Bimbang tergoda dengan pujukan si hidung belang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia