Harian Metro

Adik ipar panjang tangan

-

Saya bergaduh dengan ibu mentua gara-gara sikap adik ipar yang panjang tangan. Halnya ialah adik ipar menumpang di rumah saya serta suami kerana ingin mencari kerja di ibu kota.

Namun setelah dua bulan, dia masih gagal mendapat kerja malah duit kami pula dikikis. Mulanya saya tidak kisah tetapi sikapnya ‘songlap’ duit bil elektrik serta air di rumah membuatkan saya mula tidak keruan dengan sikap panjang tangannya.

Apabila saya tanya, adik ipar kata dia perlukan duit untuk cari kerja. Masalahnya bukan kerja tiada tetapi sikap memilih. Dia tidak mahu kerja di pasar raya sebaliknya di pejabat.

Saya beranggapa­n sikapnya tidak ‘berpijak di bumi nyata’ kerana mempunyai angan-angan tinggi tidak sepadan dengan kelulusann­ya.

Bukan suami tidak pernah menegur tetapi lagaknya membuatkan otak gagal ‘menghadam’ masalah dihadapiny­a. Baru ini barang kemas saya simpan hilang satu persatu. Saya mengesyaki dia punca dan meminta suami menegur. Apabila ditegur, dia mengadu pada ibu mentua dan menyebabka­n kami bergaduh.

Saya tidak tuduh sembaranga­n sebaliknya suami memasang CCTV dan kami memerangka­p adiknya mencuri. Adakah salah saya berlaku tegas terhadap adik ipar yang membuat onar di rumah dihuni saya serta suami?

SHASHA Subang Jaya Selangor

Dang Setia faham sikap adik ipar yang mencuri itu berterusan mungkin juga berpunca dengan sikap ibu mentua sangat memanjakan anaknya. Pada Dang Setia itu pendekatan salah dan menjadi ibu kepada anak muda sudah menginjak dewasa tidak wajar ibu mentua memenangka­n kesilapan adik ipar.

Ibu mentua sepatutnya menegur dan bersyukur dengan reaksi saudari sanggup memainkan peranan tegas agar adik ipar menyedari kesalahann­ya. Tidak dinafikan ibu mentua terlalu memanjakan adik ipar akan membuatkan adik ipar terus selesa membuat kesalahan kerana ada orang akan mempertaha­nkannya.

Oleh itu minta suami memainkan peranan tegas menasihati ibu mentua untuk mengubah sikapnya. Tindakan terus-menerus menyokong perbuatan buruknya hanya menjadikan adik ipar terus melakukan kesalahan tanpa rasa kesal termasuk mencuri.

Mengenai ketegangan tercetus di antara saudari dan ibu mentua, saudari ambilah pendekatan lembut memujuk ibu mentua agar memahami tujuan saudari hanya berniat baik untuk menasihati adik ipar. Tindakan itu atas rasa ambil berat dan bukan didorong rasa benci atau marah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia