Harian Metro

Percepat warta kawasan skuba di Balok

-

Usaha mewartakan kawasan selaman skuba baru di Balok, di sini, yang dikenali sebagai Kampung Nemo perlu dilakukan kerajaan negeri secepat mungkin supaya usaha mengekalka­n khazanah negara itu dapat direncanak­an dengan baik.

Pengarah Jabatan Taman Laut Pahang Mohd Fazli Long berkata, sehingga kini Kampung Nemo masih belum diwartakan pihak berkuasa iaitu kerajaan negeri sebagai taman laut.

Katanya, langkah mewartakan Kampung Nemo perlu dilakukan kerajaan negeri dengan mencadangk­an kepada Jabatan Taman Laut Pahang untuk dikaji dan dipertimba­ngkan usaha ke arah mewartakan­nya sebagai taman laut.

Katanya, apabila Kampung Nemo sudah diwartakan maka secara automatik langkah pemelihara­an dan pemulihara­an dapat dilaksanak­an, sekali gus memastikan keindahan di kawasan itu terjamin.

“Kerajaan negeri perlu membawa perkara ini kepada kami untuk dikaji dan diperhalus­i. Jika sesuai maka ia akan dibawa ke Kabinet.

“Jabatan Taman Laut Pahang tiada kuasa mewartakan­nya jika kerajaan negeri tidak berminat,” katanya.

Akhbar ini menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai terutama penggiat sukan selam skuba dan kumpulan penyelam dasar laut yang mahukan kawasan Kampung Nemo diwartakan segera bagi mengelak berlaku pencemaran.

Kebanyakan mereka berpendapa­t Kampung Nemo khazanah alam yang perlu dipelihara kerana mampu memberikan pendapatan lumayan kepada negara hasil kehadiran pelancong dan kumpulan penyelam dari dalam dan luar negara.

 ??  ?? PEMILIK Muck Dive Scuba, Mohammad Hazrin Ishak memeriksa peralatan menyelam ketika ditemui di premisnya di Balok.
PEMILIK Muck Dive Scuba, Mohammad Hazrin Ishak memeriksa peralatan menyelam ketika ditemui di premisnya di Balok.
 ??  ?? MOHD Fazli
MOHD Fazli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia