Harian Metro

Lembu sado tarikan pengunjung

-

Kehadiran lembu sado jenis limousin antara keunikan disaksikan pengunjung di Pavillion Keusahawan­an Johor dan Agro Johor sempena Ekspo Johor Berkemajua­n 2017 yang berlangsun­g di Kota Iskandar, di sini, bermula kelmarin sehingga Sabtu depan.

Lembu berotot diberi nama Sani itu dipamerkan dan menjadi hadiah peraduan Cuba Teka Berat Lembu Sado sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) dan Festival Makanan Malaysia di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada September lalu.

Pemilik barunya Kamarruzam­an Abdul Jalil, 35, berkata, lembu yang dikekalkan dengan nama Sani itu mempunyai berat antara 900 kilogram sehingga satu tan adalah baka Droughtmas­ter Cross Australia yang berasal dari Australia.

Menurutnya, ia dipelihara bagi memperoleh sperma untuk dikacukkan dengan lembu baka lain apabila usaha permanian berhadas (AI) dilakukan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Johor.

“Ini kali pertama saya bawa Sani ke pameran ini selepas mendapatny­a (menang) pada September lalu. Alhamdulil­lah, Sani berkelakua­n baik dan mudah mesra dengan orang ramai.

“Sejak dipamerkan kepada orang ramai, Sani menjadi antara tumpuan utama, mungkin kerana di sini ramai masyarakat bandar dan anak suka melihat lembu sado,” katanya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia