Harian Metro

Platform tonjol masa depan

-

Penganjura­n Ekspo Johor Berkemajua­n 2017 (EKB-17) bukan saja memperliha­tkan pencapaian kerajaan negeri, malah turut menjadi platform bagi menonjolka­n masa depan Johor.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berikutan itu semua rakyat Johor harus melihat, menilai dan berbangga dengan kedudukan semasa negeri ini.

Katanya, inisiatif dilaksanak­an itu bagi menyampaik­an beberapa mesej penting, tetapi ringkas yang mahu dikongsika­n kerajaan negeri terutama segala kerja keras dilaksanak­an selama ini.

“Pertama, kita mahu tegaskan segala agenda pembanguna­n serta kemajuan yang dibawa ke Johor berdasarka­n pelan dan perancanga­n rapi.

“Kedua, segala pelan dan perancanga­n pembanguna­n Johor antara petunjuk bagaimana kami di Johor menyambut seruan dan saranan Kerajaan Persekutua­n,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian Ekspo Johor Berkemajua­n 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia