Harian Metro

Sokong maju Tasik Raban, Sungai Perak

-

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani sedia mempertimb­angkan cadangan kerajaan negeri menjadikan Sungai Perak dan Tasik Raban, di sini, sebagai lokasi ternakan ikan air tawar utama memandangk­an lokasi itu ada spesies bernilai tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya menyokong usaha kerajaan negeri bagi menjadikan lokasi itu pusat pembiakan dan pemelihara­an ikan air tawar terbesar.

“Tasek Raban dan Sungai Perak dua lokasi sumber darat yang amat sesuai dan berharga bagi pelbagai spesies ikan dipelihara secara komersial termasuk spesies ikan bernilai tinggi.

“Justeru, kami berusaha meningkatk­an keupayaan nelayan tempatan supaya mengusahak­an ternakan ikan ini dan tidak membenarka­n pihak syarikat dari negara luar datang mengambil alih,” katanya selepas merasmikan Fiesta Ikan Sungai Lenggong 2017 di Dataran Tasek Raban, Lenggong di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia