Harian Metro

Kaunseling selepas trauma

-

Ratusan ribu pelarian Rohingya di beberapa kem penempatan memerlukan sesi kaunseling sebagai sokongan emosi selepas trauma dengan tragedi operasi di Rakhine.

Mereka yang dulunya riang kini bertukar pendiam kerana melalui episod malang dalam hidup termasuk meninggalk­an kampung halaman.

Pengerusi Persatuan Darul Fitrah Terengganu Datin Norhana Ng Abdullah berkata, pelarian di Bangladesh memerlukan sokongan emosi dan kaunseling kerana mereka berdepan keadaan sukar sejak dua bulan lalu.

“Kami buka klinik untuk tujuan itu kerana mereka ini mengalami depresi teruk, mujur bantuan antarabang­sa dapat masuk ke sini.

“Kerajaan Bangladesh juga menjaga pelarian dengan baik dan tentera juga dikerahkan membantu pelarian di sempadan dan kem penempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia