Harian Metro

Lahir peminjam berdisipli­n bayar balik pinjaman

-

Skim pembiayaan kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bukan saja membantu golongan sasar berjaya dalam aktiviti ekonomi, malah melahirkan peminjam berdisipli­n dalam membayar balik pinjaman diberikan.

Pengerusi Eksekutif

AIM Dr Zubir Harun berkata, rekod pihaknya menunjukka­n 98 peratus daripada lebih 350,000 penerima bantuan skim pembiayaan kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berjaya membuat pembayaran balik sejak skim itu diperkenal­kan 30 tahun lalu.

Katanya, sejak diperkenal­kan pada 1987, AIM mengeluark­an pinjaman RM18 bilion kepada golongan miskin.

“Daripada segi pembayaran balik, kita berada pada tahap baik iaitu sekitar 98.22 peratus, sekali gus menunjukka­n peminjam komited membuat bayaran mengikut jadual.

“Sebahagian besar peminjam yang dikenali sahabat AIM ini mendapat pembiayaan bagi meningkatk­an aktiviti ekonomi mereka dengan pembiayaan serendah RM5,000 yang dilaksanak­an secara berkumpula­n,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Usahawan dan Pelancaran Infaq Sedekah Jariah Sahabat AIM cawangan Langkawi di Pusat Pameran Antarabang­sa Langkawi (MIEC), di sini, semalam.

Majlis perasmian disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pelanconga­n dan Warisan, Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid mewakili Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia